2014970945

21:18

MINGGU PERTAMA

Pada minggu pertama saya telah mempelajari tentang budaya dan juga gejala. Budaya lebih kepada perkara baik manakala gejala adalah perkara yang buruk. Selain itu, saya juga telah mempelajari tentang unit asas masyarakat iaitu keluarga. Asas dalam individu pula adalah roh. Allah telah memasukan roh kedalam setiap diri manusia. Setiap roh adalah baik sifatnya dan manusia itu sendiri akan mencorakkan roh itu. Manusia diwujudkan untuk mendapat nikmat yang abadi. Hubungan antara manusia dan tuhan amat rapat. Dimana wujudnya makhluk, disitu adanya tuhan. Disini kita dapat lihat manusia tidak mungkin terpisah daripada tuhan.



MINGGU KEDUA

Surah Al Hujurat. (Ayat 6-13)

Ayat 6
-selidik, kejahilan, menyesal, menimpakan, fasik
1) munafik- benci pada Allah tetapi berpura-pura
2) fasik     - melakukan dosa berterusan

Ayat 7
Kenal Rasulullah.
-maartabat nabi
-sahabat
-keistimewaan

Mempercintakan :
-keimanan (Allah mempercintakan insan kepada iman)
-sematkan iman dalam hati.

memperbencikan :
-kufur (orang yang derhaka)
-kefasikan
-kedurhakaan

Ayat 8
nikmat pemberian
-menghargai
mengingati
mengetahui

Ayat 9
-mendamaikan
-adil
-memerangi

Ayat 10
persaudaraan, pendamaian, bertakwa, rahmat

Ayat 11
mencela, memperolok-olokan, memberikan gelaran yang buruk

Ayat 12
-jauhi buruk sangka
-jangan mencari kesalahan orang lain
-jangan mengumpat

Ayat 13
-kedudukan yang sama disisi Allah
-paling mulia disisi Allah adalah orang yang bertaqwa
pelbagai bangsa dan kaum agar saling mengenali.

#Berdasarkan Surah Al-Hujurat ayat 6-13, disini saya memberi kesimpulan bahawa perbezaan dikalangan manusia adalah disengajakan. Sebagai contoh perbezaan antara etnik, agama, bangsa, pangkat, kekayaan dan sebagainya. Segala perbezaan ini seharusnya tidak membolehkan kita bergaduh antara satu sama lain. Sebaliknya, dengan adanya perbezaan ini menjadikan kita saling memerlukan dan bersatu.



MINGGU KELIMA

Pada minggu ini saya telah mempelajari tentang bab 1 secara keseluruhan. Beberapa perkataan baru yang telah saya pelajari berserta maksud. Pertama, segregasi. Segregasi adalah hubungan yang bersifat pemisahan diantara etnik-etnik dalam sesebuah negara. Kedua, akomodasi. Iaitu sedar adanya perbezaan dan berasa okay dan selesa dengan adanya perbezaan itu. Ketiga, akulturasi. Akulturasi adalah peminjaman budaya tetapi tidak menghilangkan identiti asal kita. Keempat, asimilasi iaitu budaya yang menyerap masuk ke dalam etnik yang lain lalu menghilangkan identiti asal. Dan yang terakhir ialah amalgamasi. Amalgamasi adalah kahwin campur.



MINGGU KEENAM

Pertama, refleksi untuk bab 2. Di dalam bab 2 ini saya telah mempelajari tentang pluraliti dan pluralistik di Malaysia. Pluraliti adalah kemajmukan yang ada tanpa paksaan dan terjadi secara semulajadi. Pluralistik adalah kedatangan yang dipaksa dan terjadi secara tidak semulajadi. Kesan yang terjadi terhadap pluraliti memberikan impak positi manakala pluralistik lebih kepada negatif. Kesan pluralistik dapat dilihat dengan ada nya kelompok baba dan nyonya di Malaysia. mereka mengamalkan budaya seharian masyarakat melayu dan berpakaian seperti orang melayu. Manakala pluralistik telah mewujudkan kelompok masyarakat dalam sistem sendiri sebagai contoh, ekonomi masyarakat cina dan india di bandar manakala masyarakat melayu di kawasan luar bandar.

Kedua, sedikit refleksi untuk bab 3 iaitu tentang perlembagaan Malaysia dalam konteks hubungan etnik di Malaysia. Disini saya telah mempelajari bahawa Malaysia mempunyai empat badan utama iaitu pertama, Yang Dipertuan Agung dan Raja-raja. Kedua, Badan eksekutif, Ketiga, Badan perundangan dan yang keempat ialah Badan kehakiman.



MINGGU KETUJUH

Pada minggu ini saya telah mempelajari tentang keseluruhan bab 3. Tetapi disini saya hanya ingin memberi fokus tentang perbezaan sumber perlembagaan Malaysia dan Piagam Madinah.

1) Sumber perlembagaan Malaysia adalah berdasarkan Suruhanjaya Reid manakala Piagam Madinah berdasarkan Al Quran dan Sunnah.

2)Ketua Negara adalah Perdana Menteri dan Raja manakala ketua negara untuk Piagam Madinah adalah Nabi Muhammad SAW

3) Konsep ketertinggian perlembagaan. perlembagaan Malaysia, undang-undang yang digubal walaupun selari dengan Al Quran dan Sunnah tetapi bercanggah dengan perlembagaan akan terbatal. Sebagai contoh, hudud. Piagam Madinah, undang-undang yang digubal selari dengan Al Quran dan Sunnah.

MINGGU KELAPAN

Pada minggu ini, saya telah mempelajari tentang pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di Malaysia. Ekonomi Malaysia terbahagi kepada dua iaitu ekonomi sebelum merdeka dan selepas merdeka. Dimana selepas merdeka telah berlaku berubahan yang berencana iaitu modenisasi terhadp masyarakat. Sebelum merdeka telah berlaku dasar pecah perintah dimana British telah memisahkan ekonomi mengikut kaum. Disini telah berlaku ketidakseimbangan ekonomi antara kaum. Manakala selepas merdeka,ekonomi di Malaysia semakin membangun Dan mempelbagaikan lagi asas ekonomi seperti mengeksport barang dan sebagainya.

MINGGU KESEMBILAN

Pada minggu ini saya telah mempelajari tentang pembangunan politik Dan hubungan etnik. Modenisasi bukan sahaja berlaku pada ekonomi malah modenisasi juga berlaku pada politik di Malaysia. Hal ini kerana Malaysia memerlukan masyarakat national yang stabil Dan berintegrasi dengan baik. Terdapat prlbagai parti politik di Malaysia seperti UMNO, MCA, MIC, PAS, SEMANGAT 46, IMP, BERJASA, PESAKA, PANAS, SUPP, SNAP,SCA, UNKO, USNO, BERJAYA DAN PBS.

MINGGU KESEPULUH

Pada minggu ini setiap kumpulan telah membuat refleksi setiap tugasan yang telah diberi oleh ustazah. Setiap kumpulan perlu menemubual setiap etnik yang telah diberi. Apa yang telah saya perolehi daripada refleksi oleh setiap kumpulan adalah saya dapat mengetahui prlbagai jenis etnik yang terdapat di Malaysia. Selain itu, saya juga dapat mengetahu budaya setiap etnik, cara kehidupan mereka, makanan Dan sebagainya. Malah setiap etnik di Malaysia ini, saling menghormati budaya Dan agama sesama mereka

You Might Also Like

0 comments

SARAWAK

SARAWAK

BUDAYA

BUDAYA

BUDAYA

BUDAYA

SARAWAK

SARAWAK

BUDAYA

BUDAYA
Elegant Rose - Busy