2014147359

22:58

Minggu 1

Minggu pertama merupakan minggu permulaan. Jadinya sebagai permulaan, saya belajar mengenai alam roh iaitu alam sebelum manusia dilahirkan. Asasnya, semasa alam roh lagi manusia sudah saling mengenali. Semua roh manusia adalah baik cumanya kelakuan atau perbuatan seseorang itu sahaja yang akan menentukan sama ada orang itu baik atau sebaliknya. Apa yang saya pelajari kat sini, Allah menciptakan hambaNya utk menjadi umat yang terbaik. Cuma kita sebagai manusia yang akan memilih jalan sama ada utk berkelakuan baik atau sebaliknya.


Minggu 2

Minggu kedua kita membincangkan maksud di sebalik surah Al-Hujurat dimana ayat ini menerangkan kedudukan manusia di sisi Allah. Setiap manusia adalah sama di sisi Allah cuma yang membezakannya adalah keimanan dan ketaqwaan seseorang itu. Selain itu, Allah menciptakan manusia nie dgn pelbagai bangsa dan bersuku-suku. Utk apa tu? Haaa. Utk kita sebagai manusia nie saling mengenali antara satu sama lain. Mcm kat Malaysia nie, kita ada bnyk kaum. Jadi, kita perlulah lebih mengenali antara satu sama supaya kita lebih menghormati mereka. 


Minggu 3

Minggu 3 merupakan sambungan dari minggu kedua di mana kita membincangkan maksud surah Al-Hujurat. Dlm ayat 13, ia mengajar kita bahawa hungan antara manusia nie boleh rosak sekiranya kita melakukan perbuatan keji dan negatif. Maksudnya kat sini, sebagai manusia kita kena sedar bahawa hubungan antara manusia tu sangat penting sbb sebagai contoh, kalau ada apa2 yang buruk berlaku pada kita, manusia juga yang akan membantu kita. Tapi kalau kita buat tak elok pada orang mcm memfitnah atau mengeji, takkan ada orang yang nak rapat dngn kita dan ingin membantu kita.


Minggu 4

Refleksi untuk minggu keempat berkaitan dengan bab satu iaitu konsep asas hubungan etnik. Jadinya, minggu nie ada banyak sangat perkataan2 baru yang saya belajar. Antaranya, etnik, etinisiti, asimilasi, akulturasi dan banyak lagi. Tapi apa yang saya nak simpulkan kat sini adalah kaitan diantara prejudis, stereotaip dan juga diskriminasi. Kita selalu dengar perkataan2 nie tapi faham ke apa maksudnya?


Prejudis nie perkara negatif yang kita fikir tapi kita tak cakap. Tapi bila kita cakap atau bagi tahu kat orang, prejudis nie akan jadi stereotaip. Stereotaip nie pula adalah kenyataan umum yang negatif terhadap sesuatu kumpulan etnik dan selalunya akan ada gambaran lebih-lebihan mengenai perlakuan baik atau buruk sesuatu kumpulan etnik tu. Bila ada stereotaip, berlakulah diskriminasi. Iaitu perbuatan membezakan seseorang itu berasaskan ciri etnik semata-mata. Kesimpulannya, prejudis akan menyebabkan stereotaip. Stereotaip akan menyebabkan terjadinya diskriminasi. Dan akhir sekali, berlakulah perang sekiranya diskriminasi nie berterusan.



Minggu 5 


Minggu kelima adalah sambungan dari minggu lepas.Masih lagi dalam bab 1. Kali nie saya nak cakap mengenai pluraliti budaya. Apa yang saya faham, pluraliti budaya nie kita terapkan keseragaman dalam hal2 yang penting kepada negara tapi masih lagi mengekalkan ciri2 budaya sesuatu kaum itu sendiri. Contohnya, ekonomi sangat penting untuk sesebuah negara tu. Setiap kaum digalakkan untuk menjalankan perniagaan bagi meningkatkan pendapatan mereka kerana secara tidak langsung ia juga akan meningkatkan pendapatan negara. Tapi pada masa yang sama, cara perniagaan yang dijalankan itu mengikut ciri2 budaya kaum itu sendiri. 




Minggu 6

Untuk minggu keenam nie, saya ada dua refleksi. Satu untuk tajuk pluraliti di alam melayu dalam sejarah dan satu lagi untuk tajuk perlembagaan malaysia dalam konteks hubungan etnik. 


Ok. Kita pergi yang pertama dulu. Pluraliti. Pluraliti tu apa? Ha! Pluraliti tu maksudnya mewujudkan masyarakat pelbagai bangsa secara semula jadi dan tanpa paksaan. Pluralistik pula maksudnya sama je dengan pluraliti cumanya pluralistik nie secara paksaan. Pluraliti nie akan mewujudkan interaksi yang harmoni di antara masyarakat sebab ia berlaku tanpa paksaan. Pluralistik pula berbeza dengan pluraliti contohnya, meletakkan sesuatu kaum di kawasan tertentu. Contohnya, orang Melayu diluar bandar untuk melakukan aktiviti pertanian. Orang Cina diletakkan di kawasan perlombongan dan orang India di kawasan ladang getah. Selain tu, penubuhan sekolah2 venekular atau sekolah jenis kebangsaan. Jadi, apa yang saya pelajari dari sini, sekarang nie adalah zaman pluraliti baru tapi masih lagi menjalani kesan2 pluralistik. Sebagai contoh, masyarakat sekarang hidup dengan harmoni dan boleh berinteraksi antara satu sama lain tapi, masih lagi mengekalkan kesan pluralistik iaitu dengan adanya lagi sekolah2 venekular.


Yang kedua pula, kita masuk bab 3. Perlembagaan Malaysia. Perlembagaan Malaysia merupakan dokumen yang paling penting bagi sesebuah negara. Dalam perlembagaan nie termaktub berbagai2 perkara. Antaranya hak, kuasa, prosedur dan juga tanggungjawab sesebuah pihak itu. Selain itu, kuasa Raja atau Sultan juga termaktub dalam perlembagaan. Kalau dulu, raja bukan saja sebagai ketua agama dan ketua negara tapi juga berkuasa dalam menentukan hal ehwal negara tu. Raja juga berhak menjatuhkan hukuman tertentu pada orang yang bersalah. Tapi pada zaman sekarang, kuasa raja termaktub dalam perlembagaan. Maksudnya kat sini, raja masih lagi sebagai ketua agama Islam dan ketua negara tapi kuasa2 lain tu termaktub dalam perlembagaan. 



Minggu 7


Apa yang saya pelajari pada minggu ketujuh adalah betapa pentingnya perpaduan orang-orang Melayu. Kita boleh tengok semasa penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union. Terdapat pelbagai cara penentangan yang diketuai oleh Dato Onn Jaafar. Antaranya adalah dengan memujuk Raja-Raja Melayu supaya memulaukan penubuhan itu. Selain itu, beliau juga mengumpulkan bijak pandai Melayu untuk menulis di dalam akhbar dengan menggunakan tulisan jawi. Dan terdapat banyak lagi cara lain yang digunakan dan ianya berjaya mematahkan usaha British bagi menubuhkan Malayan Union di Tanah Melayu. Ini menunjukkan bahawa pihak British yang berkuasa juga mudah goyah dengan perpaduan yang ada pada orang Melayu ketika itu. Kesimpulannya, perpaduan yang seperti ini yang perlu diterapkan di dalam diri setiap orang kerana dengan adanya perpaduan dan penyatuan, tidak akan ada pihak yang akan berani menganggu gugat kedudukan dan keistimewaan orang Melayu itu sendiri.



Minggu 8

Utk minggu kelapan, kita masih lagi membincangkan mengenai perlembagaan tapi kali nie, perlembagaan nie merupakan perlembagaan pertama di dunia iaitu Piagam Madinah. Apa yang saya belajar minggu nie adalah terdapat beberapa persamaan di antara Piagam Madinah dan juga Perlembagaan Malaysia. Di mana Islam merupakan agama rasmi di Madinah dan juga di Malaysia. Selain tu, kedua2 perlembagaan nie tak mengenepikan agama lain. Maksudnya, dalam dua2 perlembagaan nie, ada frasa yang mengatakan agama lain bebas utk diamalkan dan orang bukan Islam berhak mendapat perlindungan yang sama dgn orang Islam dan perlu mempertahankan negara dari serangan musuh.


Minggu 9

Minggu nie kumpulan kami yang buat pembentangan mengenai ekonomi dan etnik. Semasa dalam penjajahan, terdapat bnyk perubahan yang dilakukan. Antaranya, kalau dulu, orang kita menanam padi menggunakan tangan. Tapi perubahan terjadi apabila British dtng ke Tanah Melayu dngn membawa pelbagai alatan dan mesin bagi mempercepatkan penanaman dan pengeluaran. Tapi satu perkara kita kena ingat, British dtng utk menjajah dan mengaut segala hasil bumi di Tanah Melayu utk kepentingan mereka. Mereka memperkenalkan pelbagai alatan dan mesin bagi mempercepatkan segala proses pengeluaran supaya mereka boleh gunakan hasil bumi kita di negara mereka. 


Minggu 10

Minggu nie, saya belajar mengenai politik dan Islam dan hubungan etnik. Politik Islam bermatlamat utk menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran. Selain ti juga, Islam mengajar kita cara pelaksaan ajaran Islam secara menyeluruh dan menunaikan amanah dngn cara menegakkan syariat Islam.


Minggu 11

Minggu nie semua pelajar perlu menerangkan apa yang kami pelajari dari setiap kaum melalui interview yang dijalankan. Dari sini, kami dapat belajar mengenai kaum2 lain yang terdapat di Malaysia. Selain dari perayaan, kami belajar mengenai adat2 yang setiap kaum jalankan. Daripada refleksi setiap pelajar inilah, kita perlu terapkan sikap menghormati antara kaum. 

You Might Also Like

0 comments

SARAWAK

SARAWAK

BUDAYA

BUDAYA

BUDAYA

BUDAYA

SARAWAK

SARAWAK

BUDAYA

BUDAYA
Elegant Rose - Busy