ADAT PERKAHWINAN KAUM IBAN

10:46

Masyarakat Iban di Sarawak merupakan etnik yang paling ramai di Sarawak. Masyarakat Iban di Sarawak kaya dengan adat serta warisan budaya yang dipegang dan diamalkan dalam kehidupan seharian, Apa yang menjadikan masyarakat Iban unik adalah dari segi adat perkahwinannya kerana wujudnya beberapa peraturan yang wajib dilaksanakan sebelum layak bergelar suami isteri.


     Sebagai seorang lelaki, umur memainkan peranan penting dalam memastikan seorang lelaki itu mampu atau tidak melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai seorang suami kelak. Oleh kerana itu, usia seorang lelaki yang afdal untuk berkahwin adalah 22 tahun ke atas dan haruslah sudah baligh dan matang manakala tiada had umur bagi pengantin perempuan. Di dalam etnik ini, adalah penting bagi pengantin untuk melaksankan perkahwinan mengikut adat kerana ini membuktikan kesempurnaan sesuatu perkahwinan itu, Denda akan dikenakan sekiranya tidak mematuhi adat perkahwinan yang di tetapkan.

     Di dalam adat perkahwinan Sarawak, terdapat beberapa peringkat iaitu merisik, meminang, bertunang, majlis perkahwinan dan selepas majlis perkahwinan. Dalam adat merisik, bagi etnik Sarawak, perkahwinan biasanya ditentukan oleh keluarga pengantin lelaki. Sekiranya seorang teruna berkenan dengan anak dara tersebut, maka si teruna akan mengeluarkan hasrat untuk berkahwin dengan perempuan tersebut, Seterusnya bertandang ke rumah pengantin perempuan untuk merisik yang digelar berbunga-bunga atau berjarum-jarum. Di sini kedua-dua keluarga akan berbincang tentang syarat-syarat perkahwinan dan sekiranya bersetuju, pihak keluarga lelaki akan menghantar rombongan meminang anak dara di rumahnya. 

     Bagi adat meminang dan bertunang, biasanya pihak lelaki akan menghantar rombongan seramai 20 orang yang terdiri daripada ahli keluarga dan orang tua dalam keluarga. Pada masa ini, syarat-syarat perkahwinan akan diperjelaskan sebagai contoh soal mas kahwi dan hantaran. Apabila kata sepakat diambil, ayahanda teruna akan menanggalkan lapit atau ikan pinggang perak atau sebilah pedang sebagai tanda pertunangan. Seterusnya, hal ini hendaklah dihebohkan kepada semua keluarga terdekat dan kedua-kedua bakal pengantin tidak boleh bertemu bagi menghormati kedua pihak. 

     Majlis perkahwinan dilaksanakan hendaklah di aturkan dengan baik dan sistematik kerana jika tidak, bencana mungkin akan menimpa kepada bakal pengantin. Pihak lelaki hendaklah menyediakan segala keperluan dan juga perbelanjaan untuk majlis. Bagi pihak perempuan, hendaklah menyiapkan pernyiapan dari segi hiasan perkahwinan, makanan dan tempat majlis. Bagi urusan mengundang tetamu, kedua pihak akan melantik wakil masing-masing yang mana mereka akan membawa seutas tali bagi menandakan hari menuju perkahwinan. Tali itu harus diberikan kepada tuai rumah untuk membuat kiraaan di seluruh rumah panjang. 

     Ketika majlis perkahwinan, pihak lelaki hendaklah menaiki perahu dihiasi dengan kain puak kumbu jika melalui jalan sungai manakala untuk jalan darat menaiki kenderaan atau pun jalan kaki. Gong akan di bunyikan untuk memeriahkan suasana perkahwinan. Ketua bagi rombongan lelaki akan menyembelih khinzir sebagai penghormatan kepada pengantin perempuan. 





You Might Also Like

0 comments

SARAWAK

SARAWAK

BUDAYA

BUDAYA

BUDAYA

BUDAYA

SARAWAK

SARAWAK

BUDAYA

BUDAYA
Elegant Rose - Busy