2014107791

21:29

REFLEKSI


MINGGU SATU

asas manusia ialah roh. Semua roh adalah baik.Kelakuan manusia yang menentukan samada seseorang itu baik atau tidak. sebelu,m manusia dilahirkan, mereka dikumpulkan dia alam roh. ketika dilahirkan, manusia telah berjanji tidak akan lalai, tidak akan syirik kepada Allah dan kita telah membuat pengakuan tiada Tuhan yang di sembah melainkan Allah. Allah berfirman dalam surah Al-A'raaf ayat 172, 173 & 174.
konklusinya, manusia haruslah mentaati dan tidak mensyirikkan Allah. dan sentiasa berbuat baik sesama manusia dan bersatu,


MINGGU DUA

surah Al Hujurat Ayat 13:
1. Setiap manusia memiliki kedudukan yang sama di sisi Allah, kelebihannya hanya terletak pada kadar ketakwaannya.
2. Manusia diciptakan oleh Allah dari jenis laki-laki dan perempuan.
3. Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.
4. Manusia dikumpulkan menjadi berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar saling mengenal.
5. Orang yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang paling bertakwa.

Beberapa cara yang dapat dilakukan untuk mengamalkan isi kandungan surah Al Hujurat ayat 13 antara lain :
1. Saling menghormati sesama manusia.
2. Meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah.
3. Saling membantu sesama manusia.


MINGGU TIGA

Masih membingkan tentang keindahan ayat dari surah al Hujurat yang mengajar perbuatan keji dan negati seperti menfitnah, mengeji, dan mencela akan merosakkan hubungan antara manusia dan itu adalah sesuatu yang sangat dimurka oleh Allah. Pengajarannya, kita haruslah sentisa bersikap positif dan tidak selalu mencari keburukkan dalam diri seseorang. kita harus sentiasa menghormati sesama manusia walupun berbeza agama dan juga saling bsntu membantu. dan yang paling penting adalah sentiasa meningkatkan ketakwaan dan keimana kepada Allah SWT.


MINGGU EMPAT

Pada minggu ini, saya belajar ttg bab 1. Etnik adalah satu kelompok manusia yang ditentukan melalui perbezaan ciri-ciri budaya seperti adat resam, pakaian, bahasa dll. daripada etnik trbentuklah etnisiti iaitu rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu kerana anggotanya merasa disatukan dengan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkahlaku yang sama. sementara itu, Etnosentrisme ialah kepercayaan atau rasa bangga di kalangan anggota sesebuah etnik bahawa budaya dan etnik mereka jauh kebih baik dan hebat dari kelompok yang lain.
Apa yang saya belajar, entronisme walau di tengok ianya rasa negatif. sebenarnya ianya bukanlah sesuatu yg tidak baik selagi ianya tidak memburukkan atau menolak sesuatu etnik bukan dari etniknya.


MINGGU LIMA

pada minggu ini, banyak yang saya pelajari dari bab 1. Tetapi apa yang saya ingin tekankan ialah Akomodasi iaitu satu proses di mana etnik menyedari norma dan nilai merreka antara satu sama lain, namun tetap mempertahanklan budaya hidup masing-masing. Ianya adalah apabila kelompok yang berkonflik bersetuju untuk mengelakkan konflik dan interaksi secara damai. menerima cara hidup masing masing dan cuba untuk memahami. Iaanya kita dapat rasai snediri do Malaysia di mana setiap etnik bebas mengamalkna budaya mereka dalam keadaan harmoni. Diwakili formula A+B+C=A+B+C.


MINGGU KEENAM

Pluraliti bercirikan semula jadi, tanpa paksaan dan fleksibel. Kesultanan Melayu Melaka diasaskan pada 1400 M dengan kedatangan Parameswara dari Srivijaya. Melaka menjadi pusat kemasyarakatan dan perkembangan Islam di Alam Melayu. Pemerintahan di Alam Melayu berasaskan sistem Islam. Menjadikan masyarakatnya aman dan harmoni hingga para pedagang asing sanggup berkahwin dengan masyarakat tempatan menandakan keharmonian Islam di Alam Melayu. Tetapi, masyarakat pluralistik bercirikan pemaksaan dan perbezaan. Inggeris menjajah Tanah Melayu demi kepentingan ekonomi dan politik. masyarakat terpaksa akur dan tertindas.
konklusinya, pemerintahan berdasarkan ajaran Islam sangat harmoni dan dapat mempengaruhi kehidupan masyarakat sejagat. tetapi, penjajahan menyebabkan masyarakat kucar kacir dan tidak bersatu padu.


MINGGU KETUJUH

perpaduan adalah teras kepada kekuatan sesebuah negara. perpaduan Tanah Melayu dapat dilihat ketika penentangan masyarakat Melayu terhadap Malayan Union yang memperkenalkan kerakyatan jus soli yang akan menggugat kedudukan Melayu di Tanah Melayu. Penetangan ini telah diketuai oleh Dato Onn Jaafar di mana dia telah menggumpulkan bijak pandai untuk menulis surat dan akhbar dan memujuk raja-raja Melayu untuk memulaukan penubuhan Malayan Union. Apabila Parlimen di Britain mengetahui hal ini, mereka memaksa untuk menmbubarkan pertubuhan ini. hal ini telah ditertawakan oleh pihak Britain terhadap Sir Harold Mac Michael kerana masyarakat Melayu yang bersatu padu tidak dapat dikawal olehnya.
konklusinya, perpaduan dapat mengekalkan jati diri seseorang terhadap negaranya. menjadikan seseorang sanggup menentang kuasa jahat dari terus menporak perandakan negaranya. dengan sikap perpaduan di dalam msayarakat melayu dahulu menjadikan kita lebih kuat dari berperang.


MINGGU LAPAN

pada minggu ni, berbincang mengenai piagam madinah dan kepentingan piagam madinah. Piagam Madinah(PM) adalah piagam bertulis pertama di dunia dan masih relevan digunakan pada zaman sekarang. Ianya adalah sebagai panduan untuk menbentuk negara Islam yang berdaulat. mengambil faktor tentang kesejahteraan org bukan Islam dan orang Islam. Nabi Muhammad SAW memperkenalkan PM bagi menyelesaikan persoalan ketika itu dan mentadbir negara yang mempunyai rakyat pelbagai etnik, agama, kepercayaam dan budaya.


MINGGU SEMBILAN
Pada minggu ini, kumpulan kami membentangkan tentang ekonomi dan etnik. dalma proses perubahan ekonomi dari zaman pemerintahan British telah mementingkan penggunaan jentera ekonomi bergerak cekap dan teratur agar mereka dapat mengeluarkan hasil bumi di Tanah melayu dengan cepat dan efisien. Hanya tempat yang banyak hasil seperti selangor dan pantai barat misalnya mendapat kegiatan ekonomi moden kerana terdapat kemudahan pengangkutan yang baik sperti keratapi dan jalan raya. Pada masa itu, permintaan bijih timah dan getah amat mengalakkan menyebabkan British mengekploitasi hasil bumi di Tanah Melayu. Dasar pecah perintah dari segi penempatan menyebabkan bukan Melayu dapat melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi manakala Melayu kekal di luar bandar.


MINGGU SEPULUH

minggu ini kami didedahkan dengan dua topik iaitu politik dan islam dan hubungan etnik. matlamat politik Islam adalah untuk menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran, melaksanakan ajaran Islam dengan syumul dan memenunaikan amanah dengan menegakkan syariat. selain itu dalam hubingan etnik, kesejahteraan hubungan antara etnik-etnik di sesebuah negara telah menghasilkan kedaan yang harmoni dan masyarakat dapat hidup dalam keadaan aman dan sentosa.


MINGGU SEBELAS

kelas pada minggu ini  adalah refleksi daripada interview yang di buat oleh setiap kumpulan. Apa yang terkesan kepada saya ialah tentang hari Gawai Hantu yang disambut untuk memperingati orang yang telah mati. pelbagai upacara diadakn sepatutnya. tetapi disebabkan proses pemodenan, mereka sekarang hanya menyambutnya dengan mengadakan jamuan makan dan minum dan berhibur hingga keleawat pagi. tetapi untuk mereka yang telah berhijrah ke kawsan bandar, mereka lebih senang pergi ke kubur dan membersihkannya. saya berazam untuk tidak lalai dengan kemewahan dan hiburan yang berlebihan. dalam menjalankan aktiviti harian dan bergembira, kita kena ingat bahawa kematian itu adalah pasti. jadi, buatlah sesuatu berfaedah dan sentiasa berada di jalan Allah SWT.

You Might Also Like

0 comments

SARAWAK

SARAWAK

BUDAYA

BUDAYA

BUDAYA

BUDAYA

SARAWAK

SARAWAK

BUDAYA

BUDAYA
Elegant Rose - Busy