2014769791

08:26

Minggu Pertama


Pada minggu pertama, saya telah mempelajari tentang alam roh dimana setiap manusia berjanji menyembah Allah dengan mengikuti perintahNya dan meninggalkan laranganNya, dialam roh,kita sudah saling mengenal antara satu sama lain. Roh mempunyai sifat yang baik dan manusia sendiri yang mencoraknya. Manusia diwujudkan untuk mendapat peluang kebahagiaan yang abadi dimana kita sebagai manusia hendaklah mendekati diri kita dengan ALLAH swt. Sesungguhnya manusia tidak mungkin terpisah dengan Tuhan, dimana ada Tuhan disitu ada makhluk.


Minggu Kedua

Pada minggu kedua, saya diajar dengan lebih mendalam tentang surah al-Hujurat ayat 6-13. Jika datangnya seorang yg fasik dengan khabar berita, kita seharusnya selidik dahulu dan memeriksa dahulu kesahihan dan kebenaran berita tersebut. seterusnya, jika terlibat dengan perselisihan faham, kita seharusnya cuba untuk mendamaikan orang yang bermusuhan dan seterusnya berbuat adil, sesungguhnya Allah menyukai orang yang adil dengan sesama manusia. kita sebagai manusia hendaklah menjauhi buruk sangka, mencari kesalahan serta mengumpat dan lakukan lah kebaikan sesama manusia. oleh itu, kita sebagai umat islam untuk saling mengenal dan saling menasihati.



Minggu Ketiga

Pada minggu ketiga, apa yang saya pelajari adalah Allah menciptakan kita sertai dengan naluri keagamaan, Secara tidak langsung, kita mencari atau tidak mencari Tuhan, kita sudah pun dapat rasa kewujudanNya dan kehadiranNya disaat kita lemah dan memerlukanNya. Sesungguhnya mencari dan mengenal Tuhan adalah fitrah manusia sebelumnya ditanamkan Allah kepada semua umat manusia. dalam surah al-A'raf ayat 172 dan 173, sesungguhnya seseorang itu dilahirkan dalam keadaan suci hingga lah lisan kita berbicara. 


Minggu Keempat

Pada minggu keempat, saya mempelajari tentang etnik dimana ciri ciri budaya dibezakan seperti adat resam,pakaian, bahasa dan sebagainya, Tahap hubungan etnik seperti segregasi dimana hubungan yang bersifat permisahan di antara etnik etnik dalam sesebuah negara, seterusnya akomodasi, nilai utama menyedari ada perbezaan dengan sesama manusia. akulturasi adalah peminjaman budaya tapi masih tidak menghilagkan identiti asal. asimilasi adalah pencantuman diantara etnik yang berlainan budaya. amalgamasi adalah semua kebudayaan dicairkan dalam kehidupan manusia dimana berlakunya perkahwinan campur. 

Minggu Kelima

Pluraliti budaya menerapkan pencapaian keseragaman dalam hal hal yang penting kepada negara tetapi masih dibenarkan untuk mengekalkan ciri ciri kebudayaan tersendiri. islam mengiktirafkan perbezaan budaya, bangsa, bahasa, pakaian dan ekpresi budaya masing masing, tidak lain, ianya hanya ingin membuktikan kekuasaan Allah. sesungguhnya ia tidak memberi makna mengenai satu kaum itu lebih baik. 

Minggu keenam

Pada minggu keenam, saya mengetahui perbezaan pluraliti dan pluralistik dimana pluraliti adalah kemajmukan pedagang tanpa paksaan dan berlaku secara semula janji, manakala pluralistik kemajmukan pedagang secara paksaan dan mereka gagal berasimilasi dengan penduduk,alam sekitar dan sistem. pemerintahan melayu berasaskan sistem islam. pemerintahan berdasarkan ajaran islam sangat harmoni dan dapat mempengaruhi semua masyarakat. berlakunya penjajahan telah menyebabkan kerajaan tanah melayu tidak aman. 

Minggu Ketujuh

saya mempelajari tentang konsep perlembagaan iaitu perkara yang menyentuh isu bahasa,agama,bumiputera dan kewarganegaraan dalam perlembagaan malaysia. perlembagaan merupakan tentang hak iaitu hak bersuara, hak bumiputera, serta hak kebebasan beragam. seterusnya kuasa iaitu kuasa raja, hakim dan kuasa polis. perlembagaan pertauran prosedur dimana semua rakyat diharuskan mengundi dan menjadi tanggungjawab rakyat untuk melakukan perkara yang telah ditetapkan kerajaan. perlembagaan mempunyai autoriti dimana badan badan kehakiman,badan perundangan, perkara perkara yang melibatkan orang melayu dan islam. 

Minggu kelapan

Pada minggu kelapan, saya telah mempelajari tentang penentangan melayan union dikalangan rakyat melayu. Dato Onn Jaafar membuat surat bertulis ke parlimen Britain memberitahu tentang ugutan terhadap orang melayu dengan mengumpulkan orang bijak dan memasukkan berita diakhbar dan bangkit lawan penjajah dengan mengunakan tulisan jawi. persefahaman antara melayu dan bukan melayu dengan memberi hak kerakyatan sama rata. hubungan kuat raja melayu dan orang melayu dimana pengaruh pada zaman pemerintahan British masih kekal di negara Malaysia.

Minggu Kesembilan

Pada minggu ini, kumpulan saya membentangkan tajuk ekonomi dan etnik, nilai kemanusiaan harus sama dengan merujuk zaman Rasulullah. revolusi  berlaku pada zaman penjajahan telah memperkenalkan idea baru selepas berlakunya merdeka. selepas berlakunya merdeka, telah mempelbagaikan asas ekonomi  seperti memperkenalkan komoditi seperti kelapa sawit, koko dan sebagainya. secara keseluruhan, ekonomi pembangunan Malaysia telah mencapat kejayaan pada tahun 1980-an dan 1990-an. 

Minggu Kesepuluh

Negara bangsa merupakan kerajaan yang berdulat iaitu hak memerintah tanpa campur tangan orang luar dan mempunyai sempadan sendiri. satu identiti nasional dikalangan rakyat. corak feudal kepada demokrasi merupakan satu kuasa mutlak dimana British datang ubah sistem pemerintahaan,agama dipisahkan dan penyertaan ramai ramai secara politik dan mempunyai triaspolitika iaitu tiga cabang politik hakim,perundangan, eksekutif. matlamat politik islam mendidik manusia kenal Allah, mengajar manusia melaksana ibadat dengan baik,menunaikan amanah dengan menegakkan syariat islam, membangun dan memakmurkan muka bumi dan menegak kebenaran dan mencegah kemungkaran.

Minggu sebelas

Pada minggu ini, kami membuat refleksi tentang keazaman dan perkara yg terkesan selepas menemu bual untuk mengetahui lebih tentang kaum iban di sarawak. apa yang terkesan pada saya ialah semasa hari perayaan hari gawai, dimana sebelumnya bermula pesta gawai, kaum iban akan melakukan persembahan basah iaitu darah ayam jantan sebagai pembuka rasmi pesta gawai. ia dilakukan untuk mendapat hasil yang baik seperti menuai padi. jadi apa yang saya berazam adalah, kita perlu menghormati perayaan mereka seperti mna mereka menghormati perayaan islam, ini menjadikan asas kekuatan dalam memahami semua golongan masyarakat dan menjamin kepentingan untuk memastikan keharmonian dan keamanan negara.


You Might Also Like

0 comments

SARAWAK

SARAWAK

BUDAYA

BUDAYA

BUDAYA

BUDAYA

SARAWAK

SARAWAK

BUDAYA

BUDAYA
Elegant Rose - Busy