2014976939

03:42

MINGGU 1
     Pada minggu pertama ini, saya telah belajar tentang asas manusia. Asas manusia adalah roh yang mana untuk pengetahuan semua, semua roh pada dasarnya adalah bersifat baik. Sebelum manusia dilahirkan ke bumi, semua manusia telah melalui alam roh yang mana telah berjanji kepada Allah S.W.T untuk mentaatinya dan menuruti perintahnya sebagai khalifah di muka bumi. Ini kerana, manusia di cipta untuk bertaqwa kepada Allah S.W.T untuk memperoleh kebahagiaan yang abadi iaitu bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat kelak.
     Selain itu, saya juga telah mempelajari tentang perbezaan gejala dan budaya. Gejala adalah perkara dan perbuatan yang buruk manakala budaya pula ada perbuatan dan perkara-perkara yang baik sahaja. Kedua-duanya merupakan pilihan bagi masyarakat untuk memilih dan ia mencorakkan masyarakat itu sendiri.
     Konklusinya, manusia hendaklah mentaati, menyembah, bertaqwa dan tidak mensyirikkan Allah S.W.T serta harus berbuat baik sesama manusia dengan mengelakkan perasaan benci-membenci, iri hati, dengki dan bersangka buruk, Dan ianya berbalik semula kepada bahawasanya semua roh pada asalnya adalah bersifat baik. 

MINGGU 2
     Pada minggu ke dua, saya telah mempelajari dan mentafsirkan surah Al-Hujurat ayat 6-13 di dalam kelas bersama-sama. Ini merupakan pengajaran ayat yang telah kami perolehi dan membahaskan di dalam kelas.

Ayat 6:
  • Jahil
  • Menyesal
  • Munafik
  • Fasik
Ayat 7: 
  • Mengenal Rasulullah S.A.W dan sahabatnya
  • Tahu tentang keistimewaannya
  • Memartabatkan Rasulullah S.A.W
  • Mencintai Allah S.W.T
  • Membenci kufur
Ayat 8:
  • Nikmat - Hargai, Ingat, Tahu
Ayat 9:
  • Damai
  • Keadilan
Ayat 10:
  • Persaudaraan
  • Perdamaian
Ayat 11:
  • Mencela
  • Memperolokkan
  • Menggelar manusia lain yang buruk
Ayat 12:
  • Buruk sangka
  • Mengumpat
  • Menuduh
Ayat 13:
  • Kedudukan yang sama di sisi Allah S.W.T
  • Manusia mulia adalah manusia yang bertaqwa
     Konklusi daripada pengajaran ayat adalah sesungguhnya manusia memiliki kedudukan yang mulia dan istimewa di sisi Allah S.W.T dan kerana itu lah kita hendaklah bertaqwa dan beriman kepada Allah S.W.T yang maha mengetahui dan maha kuasa. Manusia di cipta berbeza dari segi agama, bangsa agar saling mengenali dan menghormati satu sama lain. Kita hendaklah menjauhi munafik di mana bersikap pura2 beriman kepada Allah S.W.T dan juga menjauhi sikap fasik yang sentiasa melakukan dosa dengan berterusan. Selain itu, kita haruslah mengenali Rasulullah kita, mengetahu keistimewaannya dan berusaha untuk mengikuti sifat-sifat mulianya. Kita juga hendaklah menjaga hubungan sesama manusia agar kesepaduan dan kerjasama dapat dicapai dan juga untuk memperolehi negara yang aman damai. Jangan lah kita mempersenda agama dan bangsa lain dengan memberikan gelaran yang buruk serta mempunyai sifat buruk sangka.

MINGGU 4
     Pada minggu keempat ini, saya telah diperkenalkan dengan bab 1 iaitu konsep asas hubungan etnik. Di sini saya terkesan dengan pelajaran mengenai prejudis, stereotaip dan diskriminasi kerana bagi saya ilmu ini agak baru dan sangat penting untuk kita faham ia. Prejudis adalah mengenai apa yang kita fikir tetapi tidak meluahkan. Prejudis lebih kepada pemikiran negatif kita terhadap manusia lain tidak kira dari segi apa pun antaranya dari segi fizikal, etnik ataupun cara mereka berfikir. Dan bila kita mula prejudis dan berkata mengenainya, ia menjadi stereotaip. Stereotaip adalah kenyataan umum yang negatif terhadap sesuatu kumpulan etnik atau juga boleh dikatakan sebagai gambaran yang melampau tentang sesuatu kumpulan itu. Ini menjurus kepada diskriminasi yang mana membeza kan manusia lain dengan dirinya sebagai contoh dari segi etnik seseorang. Diskriminasi adalah tidak baik di dalam masyarakat kerana boleh menyebabkan ketidaksepaduan masyarakat lalu menyebabkan peperangan.
     Oleh itu, kita sebagai manusia hendaklah mengelakkan sifat prejudis, stereotaip dan diskriminasi sesama manusia terutama sekali etnik kerana semua sifat negatif ini akan menyebabkan ketidaksepaduan seterusnya menyebabkan negara tidak aman damai dan juga boleh menyebabkan penjajahan daripada negara barat.

MINGGU 5
     Pada minggu ke lima adalah merupakan pelajaran bab 1 secara keseluruhannya. Di sini saya ingin membuat refleksi tentang tahap hubungan etnik, Saya ingin menekankan tentang lima perkataan baru iaitu segregasi, akomodasi, akulturasi, asimilasi dan amalgamasi. 

Segregasi
  • Hubungan yang bersifat pemisah di antara etnik-etnik dalam sesebuah negara yang mana ianya berlaku atas dasar agama, ras, kebudayaan dan ciri etnik lain. 
  • Ia merupakan pemisahan yang berlaku dalam beberapa keadaan iaitu seperti tempat tinggal, sistem persekolahan.
Akomodasi
  • Proses di mana etnik menyedari tentang norma dan nilai mereka antara satu sama lain, namun mereka tetap pertahankan budaya hidup masing-masing.
  • Proses di mana konflik dapat diselesaikan dengan mengadakan interaksi secara aman.
  • Berlaku di Malaysia kerana setiap kumpulan etnik bebas amalkan budaya masing-masing.
Akulturasi
  • Proses penerimaan unsur kebudayaan di kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berlainan.
  • Tidak menyebabkan kehilangan identiti asal.
  • Lebih mudah dicapai.
Asimilasi
  • Proses pencantuman dan penyatuan etnik yang berlainan sehingga membentuk satu kelompok dengan budaya dan identiti yang sama.
  • Menghapus perbezaan dalam etnik masing-masing dan bersatu.
Amalgamasi
  • Semua kebudayaan boleh dicair dan dijadikan satu keseluruhan bersama.
  • Bercampur dan membentuk budaya dan ras yang baru.
  • Perkahwinan campur antara etnik
     Secara konklusinya, tahap hubungan etnik ini dapat menyatupadukan semua kumpulan etnik di Malaysia seterusnya mewujudkan masyarakat yang lebih berfikiran terbuka dan meningkatkan interaksi sesama manusia.

MINGGU 6
     Pada minggu ke enam ini, saya telah mempelajari tentang dua perkara iaitu pluraliti dan pluralistik. Plurati bermaksud mewujudkan masyarakat pelbagai bangsa yang terjadi secara semulajadi dan tanpa paksaan. Ia mewujudkan interkasi secara harmoni sesama masyarakat yang berbilang kaum kerana ia berlaku tanpa paksaan. Manakala pluralistik itu adalah sama sahaja definisinya dengan pluraliti cuma ianya dilakukan dengan paksaan. Sebagai contoh perbezaan dari setiap bangsa. Seperti yang kita lihat, setiap bangsa berbeza dari segi pekerjaan, pelajaran dan tempat tinggal. Antaranya orang melayu tinggal di kawasan luar bandar dan mengamalkan bercucuk tanam untuk menyara diri, orang india tinggal di kawasan perlombongan atau ladang getah dan menjadikan perlombongan seperti biji timah untuk menyara diri manakala orang cina pulak kebanyakannya tinggal di bandar dan majoritinya menjalankan perniagaan. Selain itu juga adalah perbezaan dari segi sistem pelajaran di mana orang melayu hanya belajar hingga ke sekolah rendah dan orang cina dan india dapat belajar ke peringkat yang lebih tinggi, Perkara ini telah terjadi secara pluralistik di mana mereka di tempatkan secara paksaan dan seterusnya perpaduan gagal di capai. 
     Selain itu, saya juga mempelajari tentang sistem pemerintahan melayu yang berasaskan sistem Islam sejak diasaskan oleh Parameswara dari Srivijaya pada 1400 Masihi di Melaka. Pada masa itu, Melaka telah menjadi pusat kemasyarakatan dan perkembangan Islam yang telah mewujudkan masyarakat yang harmoni dan aman. Pedagang-pedagang yang menjalankan perniagaan di situ kebanyakkannya berkahwin dengan wanita tempatan dan masuk islam kerana keunikan serta keisrimewaan agama Islam sendiri,
     Konklusinya, pluraliti memberikan kesan yang positif sebagai contoh bangsa India yang mengamalkan budaya Melayu iaitu dengan berpakaian kurung dan juga menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pengantaraan. Bagi pluralistik pula, sesungguhnya ia memberikan kesan negatif kerana boleh menyebabkan ketidaksepaduan masyarakat dan melahirkan kelompok masyarakat yang tidak harmoni. Ini dapat menjurus kepada peperangan seperti zaman penjajahan kuasa barat sebelum merdeka. 

MINGGU 7
     Pada minggu ke tujuh, saya telah mempelajari tentang perbezaan Perlembagaan Malaysia dan Piagam Madinah.  Berikut merupakan apa yang saya telah pelajari dalam bab 3:

  1. Sumber Perlembagaan Malaysia adalah daripada Suruhanjaya Reid manakala bagi Piagam Madinah adalah daripada Al-Quran dan As-Sunnah.
  2. Undang-undang yang digubal dalam Perlembagaan Malaysia adalah selari dengan Al-Quran dan As-Sunnah tetapi bercanggah dengan perlembagaan akan terbatal sebagai contoh hukum hudud. Manakala bagi Piagam Madinah segala undang-undang adalah selari dengan Al-Quran dan As-Sunnah.
  3. Perdana Menteri adalah sebagai ketua negara dalam Perlembagaan Malaysia manakala Nabi Muhammad S.A.W adalah ketua negara dalam Piagam Madinah.
     Selain itu, saya juga telah pelajari tentang perpaduan orang Melayu dalam menentang penubuhan Malayan Union yang mana telah diketuai oleh Dato' On Jaafar. Terdapat beberapa cara telah dilakukan antaranya adalah dengan memujuk raja-raja Melayu untuk memulaukan penubuhan atau apa-apa aktiviti yang berkaitan dengan Malayan Union, menyuruh ahli-ahli bijak pandai untuk menulis bantahan tentang Malayan Union melalui akhbar tempatan dengan menggunakan tulisan jawi. Ini menyebabkan kegagalan pihak British dalam penubuhan tersebut. Ini adalah disebabkan kesepaduan rakyat Melayu yang tidak kira agam dan bangsa untuk mempertahan negara dari terus dijajah. 
     Konklusinya, masyarakat yang bersatu padu adalah merupakan element yang paling penting dalam memastikan negara aman dan tidak dijajah oleh kuasa barat.

MINGGU 8
     Pada minggu ke tujuh ini, saya belajar bab 3 di dalam kelas iaitu Piagam Madinah. Piagam Madinah adalah merupakan wahyu daripada Allah S.W.T dan merupakan sumber undang-undang negara yang dijalankan oleh Nabi Muhammad S.W.T sewaktu kepimpinannya. Piagam Madinah merupakan dokumen pertama dan masih boleh di pakai sehingga hari ini. Terdapat perkara 152 dan 153 yang mana menyentuh tentang hak-hak orang melayu dan penggunaan bahasa melayu sebagai bahasa rasmi. Ia juga mengagungkan martabat orang Islam dan membanteras kezaliman. Apa yang dapat saya pelajari adalah bahawasanya pemimpin kita seharusnya menggunakan Piagam Madinah sebagai rujukan untuk memajukan pentadbiran negara seterusnya memastikan negara aman dan makmur.

MINGGU 9
     Pada minggu ini, kumpulan kami telah membuat pembentangan bagi topik ekonomi. Konteks yang terdapat dalam pembentangan ini adalag berkaitan dengan sejarah ekonomi Islam dahulu sebelum merdeka dan juga ekonomi zaman kini. 

MINGGU 10
     Pada minggu ke sepuluh ini adalah merupak kelas ganti dan kami telah mempelajari tentang politik dan islam Islam dan hubungan etnik. Melalui pembelajaran ini, kami dapat belajar tentang kepentingan politik yang bersih di dalam pentadbiran untuk memastikan negara aman dan bebas daripada gejala rasuah, Selain itu, kami juga belajar tentang bagaimana agama Islam mempengaruhi politik di dalam sesebuah negara itu. 

MINGGU 11
     Pada minggu ke sebelas, kami telah berkongsi di dalam kelas mengenai etnik sarawak dan berkongsi tentang kesannya terhadap diri sendiri. Banyak perkara tentang etnik sarawak yang kami telah pelajari antaranya mengenai adat perkahwinannya, makanan, permainan tradisionalnya dan lain-lain. Sesungguhnya ini memberi kesan kepada saya dan menuntut saya untuk mempelajari lebih lagi tentang adat dan budaya etnik sarawak. 

You Might Also Like

0 comments

SARAWAK

SARAWAK

BUDAYA

BUDAYA

BUDAYA

BUDAYA

SARAWAK

SARAWAK

BUDAYA

BUDAYA
Elegant Rose - Busy