2014739515

16:24

KELAS PERTAMA.
Bismillah. Pada pertemuan pertama saya di kelas ustazah, kami didedahkan dengan keadaan manusia sebelum berada di atas muka bumi dan ustazah menerangkan juga bahawa sebelum wujudnya manusia ini sudah ada suatu makhluk yang mana dikenali sebagai ruh berada di alam ruh yang mana di sana sebenarnya kita sudah saling kenal mengenali dengan ruh-ruh yang lain. Setelah munculnya manusia di atas muka bumi ini dan hidup secara berpuak-puak serta pelbagai etnik, kita tertanya-tanya mengapa wujudnya manusia di atas muka bumi ini? Dan jawapan kepada soalan tersebut ialah bagi mendapatkan kebahagiaan yang abadi dan caranya adalah dengan mendekati Allah S.W.T yakni tidak lain tidak bukan sang pencipta kita kerana sesungguhnya manusia tidak dapat dipisahkan dengan tuhan yang satu.
KELAS KEDUA.
Bismillah. Pada kelas kedua bersama ustazah kali ini. Saya diajar berkenaan dengan maksud ayat Al-Araf (172-173), di mana ayat ini menerangkan tentang kepentingan dalam menjauhi sikap prejudis terhadap kaum lain, kita juga dilarang dalam menstereotaipkan sesuatu kaum itu. Tidak lupa juga kepada sikap mendiskriminasikan sesuatu kaum yang mana sikap-sikap itu semua boleh membawa kita kepada pergaduhan dan akibat yang tidak baik dalam erti kata lain, sikap-sikap yang negatif ini haruslah dijauhi untuk berada di kelompok manusia yang hidup secara aman dan damai.
KELAS KE TIGA
Bismillah. Di dalam  kelas kali ini kami di terangkan lagi dengan maksud ayat dari surah al-Hujurah (6-13). Ayat ini mengajar manusia supaya tidak saling mengejek, mencela, jauhi fitnah dan segala perbuatan negatif yang dapat merosakkan hubungan antara satu manusia dengan manusia yang lain. Pengajarannya ialah setiap manusia perlulah sentiasa berfikiran positif dan berfikiran terbuka terhadap semua perkara kerana setiap satu perkara itu harus ada sebabnya dan Allah tidak menjadikan sesuatu benda itu tanpa penyelesaian.




KELAS KE EMPAT
Bismillah. Di dalam kelas pada kali ini, kami masih lagi belajar mengenai bab satu. Ustazah mengajar kami tentang budaya. Budaya adalah sesuatu yang wujud dari dahulu hingga sekarang tidak mengalami perubahan. Budaya ini adalah gabungan dua perkataan iaitu budhi(kecergasan akal) + daya(kekuatan kuasa tenaga), hasil dari ini ialah pembentukan suatu kelompok yang mengamalkan cara hidup yang sama.
KELAS KE LIMA
Bismillah. Kami masih lagi berada di bab satu dan kali ini kami menghabis kan seluruh bab satu. Di sini kami pelajari apa itu segregasi, akomodasi, akulturasi, asimilasi dan amalgamasi.
Segregsi = hubungan yang bersifat pemisahan antara etnik-etnik dalam sebuah Negara.
Akomodasi = etnik menyedari norma dan nilai  mereka antara satu sama lain.
Akulturasi = penerimaan unsure budaya kaum lain di kalangan individu atau kelompok masyarakat.
Asimilasi = pencantuman dan penyatuan antara etnik yang berlainan budaya sehingga membentuk  satu kelompok dengan kebudayaan dan identity yang sama.
Amalgamasi = budaya dan ras bercampur sehingga membentuk budaya dan ras yang baru sebagai contoh, perkahwinan antara dua  etnik yang berbeza.

KELAS KE ENAM
Bismillah. Kelas ganti pada kali ini membincang tentang bab dua dan tiga iaitu pluraliti dan pluralisma di mana pentingnya untuk tahu mengenai bila munculnya sifat pluraliti ini. Apa yang saya pelajari ialah plurality ini telah muncul ditanah melayu seawal zaman kesultanan melayu Melaka lagi kerana waktu itu Melaka menjadi tumpuan pedagang-pedagang disebabkan laluannya yang strategik. Bab tiga pula menyentuh permukaan perlembagaan seperti definisi, jenis perlembagaan dan cirri-ciri perlembagaan. Pada fahaman saya, perlembagaan adalah suatu perkara yang menyentuh isu-isu penting seperti seperti bahasa, agama, bumiputera dan kewarganegaraan.



KELAS KETUJUH
Bismillah. Pelajaran hari ini adalah sambungan daripada kelas sebelumnya dimana perbincangannya adalah mengenai bab ke ketiga iaitu perlembagaan tetapi kali ini kami sudah sampai di peringkat mempelajari tentang Malayan Union. Asal penubuhan Malayan Union ini adalah pihak British yang menyimpan rasa dendam ingin membalas terhadap Tanah Melayu yang pernah memberi bekerjasama dalam pentadbiran jepun semasa jajahannya. Malayan Union di tentang hebat oleh orang Melayu kerana British membawa masuk warga luar dan ingin memberikan hak kerakyatan (prinsip jus soli) terhadap pendatang tersebut. Ini menimbulkan rasa tidak puas hati orang Melayu terhadap British ditambah lagi dengan agenda mereka yang menyekat kuasa raja-raja Melayu.
KELAS KELAPAN.
Bismillah. Kelas pada minggu ini adalah mengenai bab tiga subtopic perlembagaan iaitu piagam madinah dan kepentingan piagam tersebut. Piagam madinah adalah dokumen perlembagaan yang pertama di dunia dan ia masih boleh diguna pakai sehingga kehari ini. Selain dari piagam madinah, kami juga belajar mengenai perkara 152 dan perkara 153 yang mana perkara 152 menyentuh tentang bahasa melayu dan perkara 153 bercakap tentang hak-hak keistimewaan orang melayu dan bumiputera. Hak-hak ini adalah dalam bentuk (lesenperniagaan, kuota kemasukan keinstitusi pengajian tinggi, kuota di bahagian kerajaan dan lain-lain)
KELAS KE SEMBILAN
Bismillah. Kumpulan kami membentangkan bab ekonomi pada kelas kali ini dan apa yang di bicarakan adalah mengenai sejarah ekonomi dulu, bagaimana berkembangnya ekonomi di Malaysia dan yang kemudian mengaitkan ekonomi Malaysia dengan agama islam serta bagaimana perlaksanaannya di Malaysia ini.
KELAS KE SEPULUH
Bismillah. Kelas ganti pada kali ini di saji kan dengan dua tajuk iaitu politik dan bab yang terakhir iaitu Islam dan hubungan etnik. Dalam bab politik, apa yang penting ialah
Untuk mengetahui tentang modenisasi politik, Negara bangsa dan Negara demokrasi. Tajuk ini mengajar kami bagaimana sesuatu aktiviti politik itu harus dijalankan selari dengan syariat Islam. Hubungan etnik pula di jelaskan mengenai kesejahteraan etnik dalam sesebuah Negara dapat membentuk satu hubungan yang sangat kuat dan menghasilkan keharmonian yang berpanjangan.
KELAS KE SEBELAS

Bismillah. Alhamdulillah kelas pada minggu ini kami semua membentangkan kepada ustazah tentang temubual yang kami lakukan terhadap etnik-etnik yang telah ustazah berikan. Kumpulan kami perlu menemubual etnik Sarawak. Dari pelbagai etnik Sarawak yang ada kami mendapat pengetahuan mengenai kaum iban. Kaum ini antara kaum yang terkenal dari kaum-kaum yang ada di Sarawak. Ia mempunyai banyak ciri-ciri yang menarik. Apa yang nak saya kongsikan ialah mengenai cara pemakaian kaum iban ini sewaktu perayaan mereka. Perayaan gawai yang diraikan oleh kaum iban diserikan lagi dengan pakaian tradisional mereka. Pakaian tradisional mereka tidak berubah sejak dari dulu lagi. Mereka mengekalkan pakaian tradisional mereka sehinggakan ia menjadi satu pakaian yang sangat unik.

You Might Also Like

0 comments

SARAWAK

SARAWAK

BUDAYA

BUDAYA

BUDAYA

BUDAYA

SARAWAK

SARAWAK

BUDAYA

BUDAYA
Elegant Rose - Busy