2014100585

07:58

MINGGU KETIGA
saya telah memperlajari tentang maksud ayat 6-13 surah Al-Hujurat yang mengesahkan tentang seorang manusia supaya tidak menanam rasa hasad dengki, mencela orang lain, dan menjauhi fitnah. apa yang saya pelajari ialah kita sebagai manusia harus sentiasa berfikiran positif dan menjaga hubungan antara satu sama lain.



MINGGU KEEMPAT
pada minggu keempat saya telah diperkenalkan dengan bab 1 iaitu konsep hubungan etnik. Ustazah menerangkan betapa pentingnya hubungan etnik didalm masyarakat. saya didedahkan terdapat pelbagai perasaan dan pemikiran tentang sesuatu hubungan salah satunya ialah sifat prejudis didalam diri seseorang. Sebagai manusia kita tidak sepatutnya menpunyai sifat prejudis kerana ia akan memburukan hubungan antara manusia jika kita tersalah membuat andaian terhadap seseorang peribadi. kita sebagai manusia haruslah memupuk diri untuk bersifat positif.

MINGGU KELIMA
pada kelas kali ini saya didedahkan tentang tahap hubungan etnik iaitu terdapat enam tahap hubungan etnik diantaranya ialah segregasi, akomodasi, akulturasi, asimilasi, amalgamasi dan pruraliti budaya. saya telah mempelajari bahawa terdapat pelbagai proses membentuk sesebuah etnik. apa yang saya dapat didalam kelas tersebut ialah apa yang kita boleh lihat pada zaman sekarang ialah penerapan sifat akulturasi iaitu satu proses dimana kita menerima unsur kebudayaan d kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berlainan. sebagai contoh kita telah menerima banyak budaya barat seperti dari segi pakaian.

MINGGU KEENAM
pada minggu keenam saya telah mempelajari tentang penbezaan pluraliti dan pluralistik. Perbezaannya ialah pluraliti ia menwujudkan interaksi yang harmoni dengan penduduk, alam sekitar dan sistem mereka mengamalkan budaya seharian orang melayu dan adat resam pendatang diterima olah pemduduk temapatan. Manakala pluralistik ialah gagal berasimilasi dengan penduduk, alam sekitar dan sistem. Mewujudkan kelompok masyarakat dengan sistem tersendiri. Apa yang saya pelajari ialah plurality ini telah muncul ditanah melayu seawal zaman kesultanan melayu Melaka lagi kerana waktu itu Melaka menjadi tumpuan pedagang-pedagang disebabkan laluannya yang strategik. Bab tiga pula menyentuh permukaan perlembagaan seperti definisi, jenis perlembagaan dan cirri-ciri perlembagaan. Pada fahaman saya, perlembagaan adalah suatu perkara yang menyentuh isu-isu penting seperti seperti bahasa, agama, bumiputera dan kewarganegaraan.

MINGGU KETUJUH 
kelas hari ini kami dibentangkan bab 3 iaitu perlembagaan malaysia dalam konteks hubungan etnik di malaysia. saya telah mempelajari tentang sebab terjadinya Malayan Union dan kegagalan Malayan Union. Saya telah mendapat bahawa betapa pentingnya sikap bersatu padu antara kaum. kita seharusnya memupuk didalam diri sifat tolong menolong, hormat menghortai dan kasih sayang antara kaum supaya negara kita sentiasa didalam keadaan selamat, harmoni dan aman.

MINGGU KELAPAN
 pada minggu kelapan kami masih di bab3 dan menyentuh tajuk piagam madinah. Piagam madinah ialah wahyu dari Allah dan ia merupakan sumber utama undang-undang negara yang dijalankan oleh Nabi Muhammad S.W.A ketika menjadi pemimpin di Madinah. kandungan ada disebut di dalam piagam madinah tersebut ia menyentuh bahawa setiap manusia dimuka bumi ini haruslah menjalinkan hubungan yang erat tanpa mengira agama dan keturunan. Hidup secara aman damai tidak mengira agama masing-masing. Didalam kandungan ini juga menegakkan dan membanteras kezaliman. Pada pendapat saya Malaysia adalah negara islam dan kita seharusnya menggunkan Piagam Madinah sebagai rujukkan untuk pemimpin kita pentadbir negara kerana Piagam Madinah ini adalah wahyu dari Allah dan ia semestinya tiada cacat cela atau kesilapan jika kita menurutnya.

MINGGU KESEMBILAN
pada minggu ini saya dan rakan-rakan yang lain telah menbentangkan tentang bab 4 iaitu Modenisasi Pembangunan Ekonomi dan Hubungan Etnik. kita dapat llihat bagaimana negara kita maju dengan pelbagai sektor termasuklah sektor perindustrian. Selepas kedatangan penjajah pemimpin kita dapat lihat peluang besar untuk kita menceburi bidang tersebut dan mengembangkan dengan pengeluaran export dan import. Ia adalah satu kejayaan yang besar bagi negara ini ketika itu.

MINGGU KESEPULUH
Hari ini kami disajikan tentang Pembangunan Politik. Apa yang saya pelajari ialah betapa pentingnya agama untuk manusia mentadbir muka bumi. Dimana agama sebagai asas utama rujukan dan umat islam rujukan paling tersohor ialah al-quran.

You Might Also Like

0 comments

SARAWAK

SARAWAK

BUDAYA

BUDAYA

BUDAYA

BUDAYA

SARAWAK

SARAWAK

BUDAYA

BUDAYA
Elegant Rose - Busy