HOMEWORK

01:08

1. Mengapa timbul prejudis?

Prejudis atau dikenali sebagai persepsi negatif utama yang merujuk kepada ketidakpuasan hati dikalangan kumpulan etnik. apabila berlakunya konflik disebabkan prejudis, situasi akan menjadi buruk kerana kurang kefahaman dan pengetahuan antara satu sama lain. akibatnya, interaksi antara kaum terbatas dan timbulnya semangat perkauman yang tinggi. prejudis juga menyebabkan sesuatu kumpulan etnik itu memandang rendah dengan etnik yang lain.

2. Bincangkan pengajaran surah a-a'raf ayat 172 dan 173 dalam menangani masalah prejudis antara kaum dan agama?

Fitrah manusia merupakan ciptaan Allah swt. manusia diciptakan Allah dengan mempunyai naluri beragama iaitu agama tauhid, jadinya, Allah menciptakan kita sertai naluri keagamaan, secara tak langsung, kita merasakan kewujudanNya disaat kita lemah. oleh itu, kita tidak boleh menyalahkan nenek moyang kita mahupun keturunan kita kerana mencari Tuhan merupakan fitrah yang sebelumnya ditanamkan oleh Allah kepada semua manusia. jadi, dengan menghormati nenek moyang tidak boleh menyebabkan mereka tersimpang dari kebenaran.

3. Faktor pendorong dan penghalang asimilasi?

Faktor pendorong asimilasi terjadinya toleransi antara kelompok yang mempunyai perbezaan etnik dan budaya. sesetengah kumpulan etnik mempunyai sikap yang terbuka terhadap goongan yang berkuasa dalam masyarakat, terdapatnya persamaan dalam unsur unsur kebudayaan universal. sementara itu, faktor yang menjadi penghalang asimilasi apabila berlakunya kelompok yang terasing dan mereka mempunyai pengetahuan yang kurang dalam mengenal kebudayaan baru yang akan dihapai. mereka juga mempunyai prasangka negatif terhadap pengaruh etnik dan budaya baru dan ada juga memiliki perasaan yang kuat bahawa individu tersebut terikat dengan etnik dan budaya kelompok masing masing.

4. Apakah isi piagam atlantik?

Isi piagam atlantik yang pertama adalah setiap bangsa tdak dibenarkan untuk melakukan perluasan wilayah, kedua, setiap bangsa berhak menentukan nasibnya sendiri, ketiga adalah setiap bnagsa berhak ikut serta dalam perdagangan antarabangsa, dan yang terakhir adalah dengan menciptakan perdamaian dunia agar setiap bangsa dapat idup bebas dari rasa takut dan kemiskinan.


5. Apakah isu keranda 152? kenapa dan bila berlakunya?

Perjuangan memartabatkan bahasa melayu telag melalui sejarah yang panjang. pejuang bahasa sebelum merdeka adalah juga pejuang bangsa dan pejuang kemerdekaan. Ianya merujuk kepada Fasal 152 Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi dan Bahasa Kebangsaan. Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan adalah salah satu dari kontrak sosial yang telah dipersetujui bersama oleh rakyat berbilang bangsa. Sewaktu detik mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, tuntutan rakyat untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai sesatunya Bahasa rasmi tidak dapat dipenuhi oleh parti yang memerintah. Alasannya kerana Bahasa Melayu belum benar-benar bersedia untuk mengambil-alih tugas Bahasa Inggeris yang telah digunakan oleh penjajah dalam segala urusan rasmi dan pentadbiran negara. oleh itu, Bahasa Inggeris masih dibenarkan penggunaannya, untuk tempoh masa 10 tahun lagi. Peritiwa 13 Mei 1969,  menjadi penyelamat bila Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar utama dalam dasar pendidikan negara. Kemuncak perjuangan ini menyaksikan lahirnya Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1970 yang menyaksikan buat kali pertama, Bahasa Melayu digunakan sepenuhnya sebagai pengantar utama.

6. Contoh pembangunan modenisasi dan pembaratan?

Pada mulanya perluasan kuasa barat bertujuan untuk mendapatkan bahan mentah, kuasa perdagangan bagi memonopoli dan mengawal laluan perdagangan serta keuntungan. Namun, akhirnya perluasan kuasa barat dikembangkan untuk menguasai politik bagi mempertahankan, mengawal dan mengekalkan negara-negara yang selama ini membekalkan kekayaan, keuntungan, bahan mentah dan pasaran, Bagi mengekalkan empayar pula mereka mempengaruhi, mengubah dan membentuk institusi, kepercayaan, ideologi, sikap, Sesebuah masyarakat memiliki ciri-ciri masyarakat moden seperti perindustrian, pembandaran, pendidikan, komunikasi massa dan sebagainya, belum tentu lagi masyarakat itu boleh dianggap moden. dan amalan adat resam tradisional tempatan bersesuain dengan matlamat dan keperluan mereka. 
Proses modenisasi di negara maju berjalan dengan pesatnya tanpa di corakkan oleh nilai moral dan nilai murni kehidupan, apa lagi nilai agama. Namun demikian tidak dapat di nafikan bahawa terdapat juga kebaikan dari modenisasi yang dilaksanakan oleh barat.Proses modenisasi di Malaysia berlaku secara tidak sengaja dimana kedatangan Barat dalam cuba meluaskan kolonielnya telah mengakibatkan proses ini berlaku. Sungguhpun begitu kesempatan yang diambil oleh Barat amat merugikan masyarakat Malaysia khasnya yang ketika itu kaya dengan hasil bumi. Tamadun Timur yang sedia ada telah bertembung dengan Tamadun Barat yang mempunyai kaitan yang rapat dengan Teori Modenisasi.



7. Apakah kadar kesejahteraan hidup united nation?

Dua langkah utama diguna pakai dalam membuat penilaian kesejahteraan rakyat. Langkah pertama ialah pemilihan indikator kesejahteraan dan pembangunan IKRM 2012 yang merangkumi pendefinisian kesejahteraan dan pemilihan komponen dan indikator melalui kaedah kuantitatif yang rapi. Tidak ada definisi kesejahteraan yang tepat dalam literatur sedia ada. Walau bagaimanapun, dalam konteks IKRM, “kesejahteraan” merujuk kepada pelbagai manfaat yang diperoleh dan dinikmati secara langsung atau tidak langsung serta menyumbang kepada kepuasan hidup individu, keluarga dan masyarakat. Manfaat ini yang meliputi aspek sosial, alam sekitar dan ekonomi adalah hasil daripada pelaksanaan pelbagai dasar,  strategi dan program pembangunan sosio-ekonomi.
Langkah kedua dalam menganalisis kesejahteraan adalah mengkaji hubung kait antara pertumbuhan ekonomi yang diukur berdasarkan KDNK dan kesejahteraan yang diukur melalui IKRM. Analisis ini melibatkan pengujian hubung kait antara indeks komposit, indeks sub-komposit dan indeks komponen IKRM dengan pertumbuhan ekonomi serta keanjalannya dengan perubahan KDNK. 

8. Apakah lima perkara atau strategik kearah negara maju?

Sesungguhnya tumpuan mentransformasi negara ke arah mencapai Wawasan 2020 memerlukan kepada penekanan yang khusus dan menyeluruh. Pertama adalah dengan memacu ekonomi domestik dengan kepekaan persekitaran luar negara. Kedua, memanfaatkan dan meluas faktor kepelbagaian etnik sebagai satu elemen kejayaan di arena antarabangsa. Ketiga, mentransformasi negara ke arah pendapatan tinggi menerusi pengkhususan. Keempat, dengan menjayakan pertumbuhan dipacu oleh produktiviti dan inovasi. dan terakhir sekali, Memastikan peluang yang saksama dan melindungi golongan mudah terjejas.

9. Apakah pengajaran yang boleh diaplikasi dalam pemerintahan negara dari aspek politik?

Pengajaran atau iktibar yang boleh diterapkan demi kemajuan negara dari aspek politik ialah memiliki sikap bertoleransi sesama masyarakat, rakyat sedia menerima perubahan dalam memajukan negara, kita sebagai rakyat harus hormat dan taat kepada pemerintah, bekerjasama untuk memajukan negara dan memastikan negara aman dan harmoni. seterusnya, kita dikehendaki patuh pada undang undang negara untuk menjaga kepentingan negara.  




You Might Also Like

0 comments

SARAWAK

SARAWAK

BUDAYA

BUDAYA

BUDAYA

BUDAYA

SARAWAK

SARAWAK

BUDAYA

BUDAYA
Elegant Rose - Busy