UPACARA MIRING KAUM IBAN
15:27Miring diadakan bagi memberkati penduduk, melindungi dan memberi
mereka, membawa kebahagiaan, kedamaian dan keharmonian dalam masyarakat.
Dalam masyarakat Iban, miring diadakan sebelum aktiviti penting
diadakan atau sesudah malapetaka dan kejadian tidak diingini menimpa.
Pada zaman silam, miring diadakan sebelum rombongan melancarkan
ngayau atau menerokai kawasan baru serta ketika penghuni berpindah ke
rumah panjang baru. Terdapat empat tahap penggunaan piring, iaitu tiga,
lima, tujuh, dan sembilan. Tiga dianggap sebagai miring biasa misalnya,
untuk mereka yang mengalami mimpi buruk atau apabila hendak bersawah,
manakala lima piring adalah untuk mendirikan rumah panjang; tujuh piring
adalah untuk aktiviti yang lebih tinggi seperti untuk berjalai atau
mengembara jauh; dan sembilan piring untuk peperangan.
Dalam hubungan ini, mengikut adat tusun tunggu Iban, bagi tahap lima
ke atas, babi perlu digunakan. Dalam piring dimasukkan sesaji atau
persembahan kepada petara seperti nasi pulut putih, nasi pulut hitam,
nasi putih, rokok apung, tembakau, telur yang dimasak, sirih dan pinang,
garam, minyak masak, sagun, dan ‘letup’ semua ini perlu disiram dengan
air tuak.
0 comments