2014978059
08:38
Minggu pertama
Refleksi pertama saya
adalah berkenaan fasa kehidupan manusia mempunyai 5 peringkat, iaitu :-
ü Fasa
pertama : Alam Roh
ü Fasa
kedua : Alam Janin
ü Fasa
ketiga : Alam Dunia
ü Fasa
keempat : Alam kubur
ü Fasa
kelima : Akhirat
Manusia dijadikan
daripada beberapa sisi tuhan. Dalam Islam, manusia itu sendiri asalnya seorang
individu yang fitrahnya adalah baik. Untuk pembelajaran kali ini, saya belajar
untuk tidak mudah salah sangka kepada diri sendiri mahupun orang lain. Ini kerana,
setiap yang berlaku di dunia adalah ketentuan Allah sebagai proses pembelajaran
kepada manusia untuk menjadikan manusia tersebut lebih baik dari segala aspek
pada masa akan datang.
Minggu
kedua
Pada refleksi kali ini,
adalah berkenaan dengan kesepaduan dalam kepelbagaian. Pembelajaran kami adlah
tentang surah Al-Araf ayat 172-173. Ayat ini menceritakan tentang pengakuan
umat manusia tentang kekuasaan Allah s.w.t. dan pada hari kiamat kelak, manusia
akan ditanya kembali tentang perlaksanaan janji yang pernah mereka ungkapkan
itu. Setiap manusia, hatinya adalah cenderung untuk mendekatkan diri dan
mengenal Allah s.w.t.
Minggu
ketiga
Refleksi pada minggu
ini adalah berkenaan mengapa timbulnya prejudis dalam kalangan manusia itu
sendiri. Prejudis itu , pada pemahaman saya adalah syak wasangka burukkepada
kaun dan agama orang lain.. pada pembelajaran minggu ini, saya berpeluang
mempelajari maksud ayat Al_Hujurath ayat 6_13. Ayat ini menjelaskan bahawa,
manusia seharusnya tidaj perlu menghuna, mengejek, atau mencela kepercayaan
atau kekurangan individu lain. Penerimaan kepelbagaian dan kelainan dalam kaum
dan bangsa lain harus diterima secara terbuka bagi mengelakkan pertelingkahan
antarakaum.
Minggu
keempat
Untuk pembelajaran kali
ini, saya mempelajari tentang budaya. Secara amnya, budaya bermaksud cara hidup manusia. Ia merupakan satu
proses perkembangan sahsiah, akal, semangat dan usaha manusia dalam sesuatu
kelompok. Perkara ini dapat dilihat melalui etimologi perkataan “budaya” yang
bermaksud ” budi + daya “, yakni budi sebagai aspek dalaman manusia yang
meliputi akal dan nilai, manakala daya sebagai aspek lahiriah manusia yang
meliputi usaha dan hasilan. Pada pandangan saya, budaya boleh difahamkan
sebagai segala penghasilan masyarakat manusia dalam pelbagai bentuk sama ada
yang dapat dilihat atau tidak. Konsep budaya merupakan satu konsep yang penting
untuk membandingkan perbezaan antara suatu masyarakat dengan suatu masyarakat
yang lain. Sebagai contoh, budaya makan melayu yang menggunakan tangan
dan budaya makan masyarakat cina yang menggunakan chopstick.
Refleksi pembelajaran pada minggu ini dalah berkenaan
penggunaan ayat yang betul dan maksud setiap perkataan yang melambangkan
sesuatu makna. Perkataan dan ayat tersebut ialah :-
•
Segregsi
hubungan
yang bersifat pemisahan antara etnik-etnik dalam sebuah Negara.
•
Akomodasi
etnik menyedari norma dan nilai mereka antara satu sama lain.
•
Akulturasi
penerimaan
unsure budaya kaum lain di kalangan individu atau kelompok masyarakat.
•
Asimilasi
pencantuman
dan penyatuan antara etnik yang berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identity
yang sama.
•
Amalgamasi
budaya
dan ras bercampur sehingga membentuk budaya dan ras yang baru sebagai contoh,
perkahwinan antara dua etnik yang
berbeza.
Minggu
keenam
Pada pembelajaran
minggu ini, melaka merupakan sebuah negeri yang amat aman dan gemilang
dibawahpemerintahan para sultan dan pembesar yang bijak serta berpandangan jauh
semasa zamanKesultanan Melayu Melaka. Kebijaksanaan dan kecekapan pemerintahan sultan dan parapembesar pada
zaman ini telah menyebabkan zaman Pemerintahan Kesultanan MelayuMelaka telah
dilabelkan sebagai zaman keemasan dan zaman kemuncak kegemilanganMelayu Melaka.
Pada zaman ini, ramai pedangang dating ke Melaka untuk berdagang dan berlakunya
pluraliti. Maksud pluraliti adalah
kepelbagaian seperti kepelbagaian pakaian,kepelbagaian budaya,kepelbagaian
bahasa,kepelbagaian bangsa,kepelbagaian makanan,kepelbagaian agama ,
kepelbagaian yang wujud dalam masyarakat manusia.
Minggu
ketujuh
Refleksi pada minggu
ini adalah berkenaan dengan perlembagaan. Dimana Melayu Union ditubuhkan pada 1 April 1946. Dengan penubuhan
Malayan Union ini, telah berlakunya pemberontakan masyarakat Melayu. Ini dalah
kerana, penubuhan Malayan Union telah menyebabkan orang Melayu hilang
kepentingan kerana kerakyatan terbuka telah diberi kepada orang bukan melayu
melalui sistem Jus Soli. Tujuan utama penubuhan Malayan Union ini adalah untuk
membolot harta kekayaan Tanah Melayu dengan menyatukan negeri-negeri. Pihak British
memaksa raja-raja Melayu untu menanda tangan surat kebenaran. Mereka akan
dianggap sebagai pemberaontak jika mereka ingkar.
Minggu
kelapan
Refleksi pada minggu
ini adalah berkaitan dengan piagam Madinah. Piagamm Madinah telah
memperkenalkan konsep hubungan perpaduan antara umat Islam dan bukan Islam yang
pertama didunia yang belum pernah dibuat oleh mana-mananegara didunia. Terdapat
beberapa aspek persamaan diantara piagam Madinah dan perlembagaan Malaysia.
Antara persamaanya ialah, tentang kebebasan beragama, jaminan hak asasi
kemanusiaan dan ketaatan kepada pemimpin serta hak mendapat perlindungan
daripada kezaliman.
Minggu
kesembilan
Pada minggu ini,
pembelajaran kami adalah berkenaan dengan bab ekonomi. Ia adalah berkenaan
dengan Dasar Ekonomi Baru dan beberapa isu-isu ekonomi yang dibincangkan. Pembangunan
ekonomi dan masalah social adalah sesuatu yang berkait rapat. Pertumbuhan dan
pengagihan haruslah dilakukan secara adil dan saksama. Pengagihan yang berat
sebelah, berkemungkinan besar mampu menyebabkan ketidak puas hati diantara
kaum. Secara tidank langsung akan menyebabkan masalah perbalahan antara kaum.
Minggu
kesepuluh
Pada refleksi minggu
ini, adalah berkenaann dengan politik. Politik adalah merupakan sesuatu proses
perubahan yang melibatkan perubahan dalam tadbir urus Negara daripada cara lama
kepada cara baru dan terkini. Cara mengukur kejayaan sesebuan Negara,
kebiasaanya akan diukur berdasarkan kerjasama pelbagai etnik mewujudkan
perpaduan, keharmonian, pembangunan dan kemakmuran Negara. Kejayaan yang
dicapai haruslah tidak bertentangan dengan syariah Islam
Minggu
kesebelas
Refleksi minggu ini
adalah berkenaan denga wawancara yang dilakukan oleh setiap kumpulan. Mereka menceritakan
adat, budaya, keunikan dan lai-lain lagi tentang sesuatu kaum tersebut. Banyak ciri-ciri
menarik yang dapat dikongsi bersama. Pada minggu ini juga, sempat untuk kami kongsikan
pandangan dan pendapat setiap individu tentang adat dan budaya yang memberikan
kesan yang positif pada tiap individu.
0 comments