PERAYAAN HARI GAWAI
08:46Hari Gawai merupakan hari kesyukuran untuk kaum di Sarawak terutama sekali untuk kaum Iban. pada akhir bulan May awal bulan Jun akan disambut pada musim menuai padi untuk mendapat hasil yang baik serta kekayaan. puisi khas sebelum berlakunya persembahan basah seperti darah ayam jantan sebagai pembuka rasmi pesta gawai. selepas persembahan basah beru bermulanya pesta gawai. mereka akan berkumpul sekitar ranyai dengan makanan dan minuman.
acara ngajat lesung seperti angkat lesung untuk menumbuk padi guna gigi. Mereka mempunyai beberapa upacara besar yang dijalankan di rumah panjang dan bandar. Hari pertama perayaan jatuh pada 31hb Mei dan hari kedua pada 1hb Jun setiap tahun dan akan tamat secara rasmi dengan upacara penutupan pada akhir bulan Jun yang dipanggil menggulung tikar.
Penanaman padi adalah aktiviti utama pada kehidupan orang Dayak sejak dahulu kala lagi kerana beras adalah makanan utama mereka. Selepas tamatnya musim menuai padi, sudah tentunya kaum Dayak mempunyai banyak beras. Jadi, sesuailah masanya untuk meraikan pesta-pesta tertentu yang diperlukan.
Upacara tradisi disertai dengan acara tari menari memanggil semangat roh akan dilakukan dengan iringan muzik berkenaan. Biasanya yang terlibat akan bermalam di Balai Gawai ini selama beberapa hari untuk menyempurnakan beberapa upacara berkaitan agama Pagan. Balai Gawai akan menjadi tarikan pelawat, tetamu malahan pelancong juga yang berminat untuk mengetahui mengenai pelaksanaan Hari Gawai.
0 comments