2014985533
08:05
Minggu 1
Assalamualaikum.
Dalam pembelajaran untuk minggu pertama, saya telah mendapat ilmu tentang
bagaimana kehidupan kita sebagai manusia di muka bumi Allah s.w.t. Bermulanya
dari alam roh kita sudah di hidupkan dan saling mengenali dengan roh yang lain.
di sebkan itu bila ada di kehidupan manusia ada kejadian dejavu. Manusia
di wujudkan untuk kebahagiaan abadi. Manusia tidak akan dapat di pisahkan dengan
Maha Pencipta kerana kita adalah bayanganNya. Oleh itu, kita hendaklah menjadi
manusia yang sentiasa beribadah kepada Allah untuk tingkatkan keimanan
kepadaNya.
Minggu 2
Assalamualaikum.
Dalam pembelajaran minggu kedua, Saya juga dapat mendapat ilmu tentang ayat-ayat
Al Quran. Ustazah telah memberitahu
tentang ayat 172 dari surah Al- A’raf . Dari pemahaman saya ayat ini tentang
persaksian janji. Sekirangnya termeterai nye sebuah janji dengan adanya saksi,
jangan kita jadikan alas an tidak mengetahui hal tersebut atau pun menyalahkan
generasi terdahulu. Untuk ayat 173 Al- A’raf, apa yang saya pelajari Allah itu
Maha Mengetahui dan tidak akan menghukum
manusia tanpa sebab yang kukuh.
Minggu 3
Assalamualaikum.
Alhamdulillah pada minggu ini, saya telah mempelajari tentang ayat-ayat Al
Quran lagi iaituayat 7 surah Al- Hujrat. Kita sebagai manusia harus mencontohi sifat- sifat yang
ada pada Nabi Muhammad s.a.w. Allah mempercintakan manusia kepada iman. Kita
sebagai manusia harus memperhiaskan hati dengan iman supaya menjadi insan yang
bertaqwa kepada Allah. Manusia juga harus menjauhi dari sifat-sifat yang di
benci Allah. Jauhi kekufuran iaitu enggan menyembah dan beribadah kepada Allah
serta dan derhaka kepada Allah. Jauhi juga kefasikan dan maksiat kerana Allah
sama sekali murka sekiranya kita manusia telah ingkar dengan perintahNya. Ayat
9 pula telah menceritakan tentang pendamaian . apa yang saya boleh katakan di
sini yang di Malysia kita hidup bermasyarakat pelbagai kau, untuk mendapatkan
pendamaian, seharusnya kita bertolak ansur dan saling menghormati antara satu
sama lain. Ayat 10 pula tentang persaudaran. Haruslah saling berkasih sayang
untuk mengeratkan hubungan silaturrahim. Ayat 11 pula jangan lahh kita
memperolokkan dan mengata orang lain. Ayat 12 apa yang saya fahami janganlah
buruk sangka dan mencari kesalahan orang lain. Ayat seterusnya Litaarafu iaitu
saling mengenali antara satu sama lain untuk mengenali kekuasaan Allah.
Minggu 4
Assalamualaikum.
Dalam pembelajaran minggu ini telah masuk Bab 1. Saya mempelajari tentang
konsep budaya. Budaya sinonimnya kita panggil cara hidup. Pelbagai kaum dan
bangsa mempunyai budaya mereka tersendiri. Budaya juga di kenali menerusi
sistem sosial, organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap
dan nilai. Ciri-ciri budaya yang saya fahami ialah boleh di pelajari, boleh di
kongsi, boleh di warisi dan sebagainya. Oleh itu, kita haruslah menghormati dan
mempelajari budaya kaum lain untuk mendapatkan keharmonian hidup bermasyarakat.
Minggu 5
Assalamualaikum.
Pada minggu ke 5 ini sambungan dari Bab 1 iaitu tentang kesepaduan
sosial. Saya juga mengenali tentang etnik. Tahap-tahap etnik yang perlu
kita contohi (positif) dan jauhi(negatif). Antaranya ialah
Akodomosasai(A+B+C=A+B+C), Akulturasi(A+B=Ab+Ba), Asimilasi(A+B+C=A), dan
Amalgamasi(A+B=C). Sehubungan dengan ini, apa yang saya dapati setiap
budaya dan etnik yang berbeza-beza tidak dapat menghalang untuk mewujudkan
hubungan kekeluargaan dan kekitaan. Walaupun budaya dan etnik yang berbeza masih
boleh hidup bersama aman dan damai.
Minggu 6
Assalamualaikum. Minggu ke 6 ini, kumpulan pertama
telah membuat pembentangan Bab 2. Bab 2 mengenai Pluraliti masyarakat alam
melayu dalam sejarah. Pluraliti zaman kegemilangan kerajaan melayu , terdapat
kesan-kesan positif iaitu ramai pedagang-pedagang asing
datang ke tanah melayu dan yang paling terkesan iailah pedagang arab yang telah
datang menyebarkan agama islam dan mengajar pelbagai ilmu pengetahuan. Islam
itu universal. Saya rasa kagum kerana dengan aktiviti perdagangan islam
boleh di sebarkan dan luas lah layar dalam penyebaran islam.
Minggu
7
Assalamualaikum.
Dalam pembelajaran minggu ke 7, kumpulan
kedua telah membuat pembentangan Bab 3 iaitu Perlembagaan Malaysia. Perlembagaan
itu sendiri ada variasi maksud yang terdapat di dalam iaitu hak(hak
beragam,bumiputera dan bersuara), kuasa(raja dan polis), prosedur(mengundi),
tanggungjawab(bayar tax), dan autoriti(Majlis Raja-Raja Melayu). Perlembagaan adalah
penting untuk sesebuah Negara kerana untuk melahirkan masyarakat
demokrasi.
Minggu 8
Assalamualaikum.
Minggu ke 8 ini masih mempelajari Bab 3 iaitu tentang Piagam Madinah. Piagam
Madinah adalah perlembagaam islam yang di ketuai oleh Nabi Muhammad s.a.w. Kepentingan Piagam Madinah yang boleh di
praktikkan untuk zaman sekarang ialah menyatu pdaukan antara kaum dan lahirkan
lah masyarakt majmuk. Piagam Madinah juga adalah perlembagaan pertama yang bertulis
di dunia.
Minggu 9
Assalamualaikum.
Pada minggu ke 9 ini, kumpulan kami aiatu kumpulan ketiga yang membentangkan
Bab 4 iaitu Pembangunan ekonomi dalam konteks hubungan etnik di Malaysia. Saya telah membentangkan tentang isu ekonomi
iaitu peganagn ekuiti. Peratus bumiputera masih kurang sedangkan pada asalnya
orang melayu yang berpijak dulu di tanah melayu yang sekrg di kenali Malaysia. Sebagai
anak melayu, saya harus sedar dan bangkit ututk memajukan banghsa saya dengan
memonopli ekonomi Malaysia melalui persaingan yang sihat.
Minggu 10
Assalamualaikum.
Pada minggu ke 10 ini iaitu kelas ganti , kumpulan keempat telah membentangkan
Bab 5 iaitu Pembangunan politik dalam konteks hubungan etnik di Malaysia.
Politik ada isu penting untuk sesebuah Negara. Jangan di sebabkan perbezaan
pendapat tentang politik, hubungan sesama kaum dan bangsa menjadi huru hara. Seharusnya
poltik harus di wujudkanselari dengan kekutan hubungan sesame kaum dan bangsa.
Minggu 11
Assalamualaikum.
Minggu ke 11 iaitu minggu kami
membentangkan tentang hasil temuduga kaum yang di beri tugas oleh Ustazah . Kami
di beri tugas untuk menemu duga seorang etnik Sarawak. Saya telah membentagkan
tentang permainan tradisioanal orang etnik Sarawak . Saya kagum dengan
permainan tradisioanal aiaitu Tibow buaian gergasi dan saya berharap saya dapat
melihat sendiri permainan tersebut di mainkan oleh masyarakat Sarawak.
0 comments