2014725821

03:46

Refleksi Week 1

Pada minggu pertama, kami semua mempelajari tentang roh. Roh adalah asas dalam individu. Semua manusia akan mencorakkan roh mereka sendiri kerana roh adalah baik sifatnya. Allah telah neniupkan roh kepada setiap umat manusia. Hubungan manusia dan Tuhan sangat rapat dan manusia tidak akan terpisah dari Tuhan. 


Refleksi Week 2


Pada minggu kedua, kami ditugaskan oleh ustazah untuk menterjemahkan surah Al-Hujurat dari ayat 6 - 13. Pengajaran yang saya dapat daripada ayat ini adalah manusia tidak seharusnya mengejek, mencela dan menjauhi segala perbuatan fitnah. Kita sebagai manusia seperti biasa tidak akan terlepas akan melakukan kesilapan seperti mengejek, dan berprasangka buruk terhadap manusia lain jadi selepas mendalami ayat ini, kita akan lebih berhati-hati untuk menyakitkan hati orang lain dan sentiasa berfikiran positive terhadap orang lain. 

Refleksi Week 4

Pada minggu ini kami telah memasuki bab 1 yang menceritakan tentang budaya. Budaya telah wujud dari dulu sehingga sekarang. Budaya adalah gabungan dua perkataan iaitu budhi dan daya. Budhi bermaksud kecergasan akal dan daya adalah kekuatan kuasa tenaga.

Refleksi Week 5

Masih lagi berada dalam bab 1. Pada kali ini, kami mempelajari tentang apa itu segregasi, akomodasi, akulturasi, asimilasi dan amalgamasi. Segregasi adalah hubungan yang bersifat pemisahan antara etnik dalam sesebuah negara. Akomodasi adalah etnik menyedari norma dan nilai mereka antara satu sama lain. Akulturasi ialah penerimaan unsur budaya kaum lain di kalangan individu atau kelompok masyarakat. Asimilasi is pencantuman atau penyatuan antara etnik yang berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identity yang sama. Manakala amalgamasi ialah pencampuran antara budaya dan ras sehingga membentuk satu budaya budaya dan ras yang baru, contohnya perkahwinan antara dua etnik yang berbeza.

Refleksi Week 6

Pada class kali ini, perbincangan tentang pluraliti. Pluraliti telah wujud sejak dari zaman kesultanan Melayu lagi kerana pada waktu itu Melaka telah menjadi hub pedagang-pedagang dari luar Melaka kerana kedudukannya yang strategik. Selain itu, pada minggu ini juga kami mempelajari tentang definisi perlembagaan itu sendiri. Perlembagaan ialah satu perkara yang menyentuh tentang isu-isu penting such as bahasa, agama, kewarganegaraan dan kepentingan bumiputera.

Refleksi Week 7

Perbincangan harini adalah carry forward dari class sebelumnya iaitu Perlembagaan dalam chapter 3. Pada kali ini perbincangan kami lebih kepada Malayan Union yang kita semua sedia maklum, orang-orang Melayu sangat membantah pelaksanna Malayan Union ini kerana British yang membawa warga luar dan ingin memberi kerakyatan bebas iaitu jus soli kepada mereka, Jika ini terhadi, maka akan berlaku ketidak adilan kepada warga Tanah Melayu sendiri kerana sewenang-wenangnya masyarakat dari luar mendapat kerakyatan bebas tanpa masalah dan duduk di dalam Tanah Melayu.

Refleksi Week 8

Minggu ini kami mempelajari tentang Piagam Madinah. Piagam Madinah adalah perlembagaan yang pertama di dunia dan masih boleh diguna pakai sehingga harini. Selain itu, pada class kali ini kami juga menyentuh tentang isi kandungan perlembagaan Malaysia Perkara 152 dan Perkara 153. Perkara 152 menyentuh tentang bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan untuk Malaysia dan Perkara 153 pula adalah hak-hak dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera. Perkara 153 ini sangat sensitif untuk disentuh oleh bangsa lain kerana ianya melibatkan kuasa sultan.


Refleksi Week 9

Pada minggu ini, group kami membentangkan bab 4 iaitu ekonomi. Antara isi kandungan dari pembentangan kami adalah, kami membincangkan tentang apa itu ekonomi, bagaimana berkembangnya ekonomi di Malaysia, Dasar Ekonomi Baru, Bajet 2016, dan kemudiannya kami membncangkan tentang isu semasa yang berkaitan dengan ekonomi di Malaysia.

Refleksi Week 10

Class kali ini kami didedahkan dengan dua tajuk iaitu politik dan Islam dan hubungan etnik. Kami lebih mengetahui apa itu modenisasi politik, negara bangsa dan negara demokrasi. Dalam class ini, kami belajar bahawa aktiviti politik itu harus dijalankan selari dengan syariat Islam. Hubungan etnik membincangkan tentang kesejahteraan etnik dalam sesebuah negara dan membentuk satu hubungan yang kuat dan akan menghasilkan keharmonian yang berpanjangan.

Refleksi Week 11

Pada minggu ini, kami hanya membuat refleksi tentang interview kami bersama etnik-etnik yang terdapat di Malaysia. Kami bercerita tentang apa pengajaran yang kami dapat dari interview itu dan bagaimana ia memberi kesan kepada kami.

You Might Also Like

0 comments

SARAWAK

SARAWAK

BUDAYA

BUDAYA

BUDAYA

BUDAYA

SARAWAK

SARAWAK

BUDAYA

BUDAYA
Elegant Rose - Busy