2014146405

10:16

MINGGU 1

Pada awal pembelajaran menerangkan tentang kehidupan kita di alam roh. Ketika di alam roh lagi kita sudah mengenali sesama lain lagi. Di alam roh manusia telah berjanji untuk menyembah Tuhan yang satu iaitu Allah s.w.t. dan meninggalkan segala apa yang dilarang olehNya. Manusia diciptakan untuk mendapatkan kebahagiaan yang abadi didunia ini. Manusia boleh memperolehi kebahagiaan hanya dengan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t .Hubungan manusia dengan Tuhan tidak akan terpisah sehingga akhir hayat seseorang individu itu. 

MINGGU 2

Tugasan kami pada minggu kedua ialah memahami maksud surah Al-Hujurat ayat 6-13. Didalam surah ini memberitahu kepada kita " Fatabaiyanu" yang memberi maksud selidik dahulu. Ini bermaksud kita hendaklah selidik dahulu jika merasakan sesuatu itu kurang pasti. Didalam surah ini juga memberitahu kepada kita bahawa perlu menjauhi bersangka buruk dikalangan sesama kita ummat Islam. Kesimpulan dari surah ini ialah kita perlu memahami perbezaan manusia yang mana sengaja diaturkan oleh Allah s.wt. Kita juga perlu memahami bahawa perbezaan tersebut bukanlah penyebab pergaduhan .

MINGGU 3

Pada minggu ketiga ini , apa yang saya pelajari dari surah Al-A'raf ayat 172-173 ialah kehidupan manusia bukan bermula didunia maka perlu berakhir didunia juga. Kehidupan manusia yang sebenar adalah bermula didunia dan pengakhiran kehidupan kita sebagai seorang manusia adalah dialam akhirat nanti dimana segala perhitungan amalan kita antara kita dengan Allah s.w.t akan dihitung dan segala amalan kita itu akan ada balasannya. Selain itu, didalam surah ini juga mengajar kita bahawa manusia adalah sebaik-baik ciptaan Allah s.w.t. Semua apa yang kita ada dan buat didunia , Allah s.w. telah ditetapkan sejak azali.

MINGGU 4

Saya mempelajari tentang konsep asas hubungan etnik dimana ia membezakan konsep perpaduan dan integrasi kaum. Hubungan etnik dapat dibezakan berdasarkan tiga elemen yang mana pertama iaitu etnik yang bermaksud kelompok manusia yang ditentukan melalui perbezaan ciri-ciri budaya seperti adat resam, pakaian, bahasa, kegiatan ekonomi dan sebagainya. Kedua ialah etnisiti yang mana menekankan konsep rasa kekitaan sesuatu etnik tertentu kerana anggotanya merasa disatukan dengan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkahlaku yang sama. Ketiga ialah etnosentrisme , kepercayaan atau rasa bangga di kalangan anggota sesebuah etnik bahawa budaya dan etnik mereka jauh lebih baik dan hebat daripada kelompok lain.

MINGGU 5

Pada minggu ini kami diterangkan tentang perbezaan tahap hubungan etnik . Segregasi ilah hubungan yang bersifat pemisah di antara etnik-etnik dalam sesebuah negara. Akomodasi ialah satu proses di mana etnik menyedari norma dan nilai mereka antara satu sama lain namun mereka tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing. Akulturasi pula ialah satu proses penerimaan kebudayaan di kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berlainan. Manakala asimilasi ialah proses percantuman dan penyatuan di antara etnik yang berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama.

MINGGU 6

Apa yang saya pelajari pada minggu ini ialah kesan-kesan pluraliti dan pluralistik. Terlebih dahulu pluraliti ialah kemajmukan yang ada tanpa paksaan dan secara semula jadi. Kesan daripada pluraliti ialah masyarakat dapat berinteraksi dengan harmoni. Masyarakat kebanyakannya berkahwin dengan penduduk tempatan dan mereka mengamalkan budaya orang Melayu. Kesan lain daripada pluraliti ialah mereka menerima adat resam pendatang kerana pada asalnya pluraliti ialah kemajmukan tanpa paksaan dan secara semula jadi. Manakala kesan yang kita boleh perolehi daripada pluralistik pula ialah masyarakat gagal berasimilasi dan berada dalam kelompok sendiri. Masyarakat menjadi tidak bercampur dan gagal mengenali kelompok lain.

MINGGU 7

Kesimpulan yang saya perolehi daripada minggu ini ialah tentang topik perlembagaan Malaysia dalam konteks hubungan etnik di Malaysia. Didalam topik ini , beberapa kunci utama definisi perlembagaan telah ditekankan iaitu set peraturan hak sebagai contoh hak mengundi, hak beragama , hak perlembagaan dan lain-lain. Kuasa didalam perlembagaan adalah kuasa mutlak raja , kuasa kehakiman , kuasa polis dan lain-lain. Prosedur pula ialah prosedur mengundi, prosedur mendaftar nama, prosedur keluar negara dan sebagainya. Selain itu perlembagaan juga menekankan tentang tanggungjawab pihak yang mengawal dengan memandu hubungan di antara satu autori dengan autori yang lain, dan juga antara autori dengan rakyat awam.

MINGGU 8

Pada minggu ini kami masih didalam topik perlembagaan . Apa yang pelajari ialah berkaitan jus soli. Jus soli pada zaman dahulu masyarakat Melayu tidak suka kepada jus soli kerana mereka yang datang ke tanah Melayu bukanlah seorang tetapi mereka datang secara beramai-ramai. Bila mereka sudah menakluki tanah Melayu, mereka mempunyai kerakyatan sendiri, dan mereka mempunyai hak untuk memilih pemimpin mereka sendiri. Jus soli mengugut sultan dengan menurunkan takhta oleh Sir Harold Mc Micheal. Selain itu kami juga mempelajari kegagalan Malayan Union yang mana orang Melayu membuat protes menentang Malayan Union. Dato Onn Jaafar mengumpulkan pendekatan melalui tulisan jawi. Selain itu, memujuk sultan-sultan memberi keyakinan bahawa semua dibawah naungan Sultan semasa pengishtiharan. Kesimpulan daripada topik ini ialah perpaduan. Bila Melayu bersatu, tiada siapa yang boleh menghentikan aktiviti mereka. Melayu akan menjadi kuat dengan identiti mereka.

MINGGU 9

Pada minggu ini , group kami membentangkan tentang ekonomi. Saya menekankan tentang Model Ekonomi Baru (MEB) yang mana bertujuan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang berjaya dan tinggi pendapatannya menjelang wawasan 2020 serta menjadi petunjuk pentadbiran mengukur pencapaian kerajaan. MEB juga dapat membasmi kemiskinan yang melanda rakyat. Selain itu , salah satu kesan daripada MEB ini ialah dapat mengurangkan kemiskinan tegar dan membina stategik baru dengan mencari kekuatan dan potensi untuk lebih berjaya dengan menggunakan kepakaran yang sedia ada.

MINGGU 10

Kesimpulan minggu ini ialah politik itu harus dijalankan selari dengan syariat Islam. Hubungan etnik membincangkan tentang kesejahteraan etnik dalam sesebuah negara dan membentuk satu hubungan yang kuat dan akan menghasilkan keharmonian yang berpanjangan.

MINGGU 11

Setiap individu perlu menerangkan kepada semua pelajar tentang assignment berkaitan etnik yang ada di Malaysia ini. Kami mengetahui setiap etnik mempunyai budaya, adat resam, pantang larang yang berbeza-beza. Daripada perbezaan itu kami mempelajari apa yang terkesan kepada kami. 




You Might Also Like

0 comments

SARAWAK

SARAWAK

BUDAYA

BUDAYA

BUDAYA

BUDAYA

SARAWAK

SARAWAK

BUDAYA

BUDAYA
Elegant Rose - Busy